Cili atau disebut juga sebagai cili besar, lada, cabai, chilli (nama Inggeris) atau nama botaninya (Capsicum annum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga (Solanaceae) yang sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Penanaman cili padi di Malaysia dibuat untuk bekalan tempatan dan menerima permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat tempatan setiap hari. Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan tetapi kini ditanam disemua negara beriklim tropika
Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atau diproses dalam bentuk cili kering, cili boh, cili jeruk, serbuk cili dan sos cili. Cili mengandungi bahan perasa pedas iaitu ‘capsaicin’ yang sangat popular digunakan sebagai bahan pedas dalam kebanyakan jenis makanan terutama sambal belacan.
Penduduk negara ini menggunakan cili lebih dari 33,300 tan setahun, sedangkan jumlah pengeluaran cili hanya lebih kurang 23,000 tan setahun. Sebagai memenuhi keperluan, negara terpaksa mengimport cili dari negara jiran sama ada dalam bentuk segar, kering atau serbuk.
Cili sesuai ditanam dikebanyakan jenis tanah termasuk gambut dan tanah berpasir (tanah BRIS atau tanah bekas lombong) pada suhu diantara 20 - 30ºC dengan taburan hujan diantara 1500 – 2000 mm sebulan.
Dengan perkembangan teknologi kini, penanaman cili secara fertigasi terbuka atau di bawah struktur perlindung hujan (SPH) adalah sangat digalakkan untuk mendapatkan pengeluaran konsisten dengan kualiti hasil yang tinggi pada tahap optima serta menguntungkan.
Terdapat beberapa kultivar cili yang ditanam di negara ini seperti MC 11, MC 12, Bangi, Kulai dan jenis hibrid. Jenis kulai adalah di antara yang popular ditanam kerana ketahanan pada penyakit, hasil yang sederhana tinggi dan rasanya pedas disukai ramai.
Cili boleh dipetik 60 - 75 hari selepas menanam di ladang, buah yang matang berwarna merah dan biasanya pengutipan hasil dijalankan secara manual setiap 4 hari sekali. Tempoh pengeluaran hasil adalah diantara 3 – 6 bulan. Purata hasil adalah diantara 17,000 hingga 20,000 kg/ha bergantung kepada pengurusan dan kultivar yang ditanam.
Kandungan karbohidrat (9.5g) merupakan zat pemakanan yang tertinggi dalam cili (bagi 100g yang boleh dimakan) selain dari protein 2.8g, lemak 0.7g, kalsium 15.0mg, zat besi 1.8mg, fosforus 80.0mg serta vitamin B1, B2, C dan Niacin

Tiada ulasan:
Catat Ulasan