Sabtu, 3 Mei 2014

Apa yang kita boleh dapat dari buah betik.

Biji Betik Penyembuh Buasir

info dari: jabatan pertanian malaysia.

Oleh: Muhd Rizal Baharom

Amat sukar untuk mendapatkan rasa manis sebenar buah betik pada masa ini. Saya acapkali terbeli buah betik yang hanya nampak cantik di luar tetapi tawar di dalamnya. Kualiti buah sebenarnya turut dinilai dari segi rasanya. Bagi siapa yang pernah makan betik yang masak dipokok, tentunya tahu bagaimana rasa dan aroma buah betik yang sebenar.

Saya tidak ingin bercerita tentang isinya tetapi satu bahagian yang sering kita lupakan iaitu biji betik. Tahukah anda biji betik mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Salah satunya adalah sebagai penyembuh penyakit Buasir.

Caranya ialah dengan mengeringkan biji betik dan mengisarnya menjadi sebuk. Kemudian campurkan satu sudu serbuk biji betik dengan segelas air. Amalkan meminumnya sehingga buasir sembuh sepenuhnya. Selain itu ia juga boleh membunuh cacing yang terdapat di dalam usus serta menjaga kesihatan usus.

Kadangkala apa yang kita buang itu sebenarnya lebih berharga daripada apa yang kita ambil.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan