HIDROPONIK
Penanaman secara hidroponik (berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan larutan zat makanan di dalam takungan yang berisi air. Ianya amatlah mudah dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit.
Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Kaedah ini boleh dipraktikkan di kawasan yang kecil dan kekurangan tanah seperti di rumah-rumah pangsa, apartment dan kondominium serta di bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti kang kong, bak choy, sawi, kailan dan bayam.
Untuk penanaman secara hidroponik takung yang baik dan penghasilan tanaman yang subur, takung hidroponik hendaklah tidak telus cahaya, tidak serap panas dan tidak berkarat. Ketinggian takung dihadkan kepada 10 – 15 cm, 52 cm panjang serta 26 cm lebar yang lengkap dengan penutup polistrin yang berlubang serta bakul-bakul semaian.
Bakul semaian plastik kecil yang berlubang diletak pada lubang-lubang dipenutup takung. Benang atau perca-perca kain dari jenis yang boleh serap air diletakkan di dalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih. Pastikan perca kain atau benang dijuntaikan melalui lubang dinding bakul supaya dapat meresap larutan air baja.
Larutan baja boleh didapati di kedai-kedai pembekal baja komersil swasta tertentu dengan kadar yang disyorkan pada label. Penggunaan air paip atau air tangki perlu disimpan terlebih dahulu bagi membebas dari kandungan klorin. Tadahan air hujan juga boleh digunakan tetapi pastikan tadahan dipertengahan hujan lebat supaya tidak mengandungi bahan kotor.
Semai sebanyak 2 – 4 biji benih ke dalam satu bakul semaian. Tinggalkan hanya 1 – 2 pokok sebakul selepas seminggu benih bercambah. Pastikan benih tidak terendam dalam larutan. Letakkan hidroponik takung di tempat yang terlindung dari hujan dan mendapat sinaran cahaya matahari sekurang-kurangnya separuh hari.
Mengikut sejarah, kaedah hidroponik telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. Taman Tergantung Babylon dipercayai telah menggunakan hidroponik sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil.
Antara kelebihan hidroponik
• Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.
• Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu
dan melihat akarnya.
• Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa
dikitar semula.
• Tidak perlu menyiram baja setiap hari.
• Hasil tanaman boleh di makan keseluruhannya, sebab
akarnya bebas dari kotoran dan penyakit.
• Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak
penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah
info jabatan pertanian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan