Khamis, 27 Oktober 2016

KAEDAH PERTANIAN UNIK DI BANGLADESH



KAEDAH PERTANIAN UNIK DI BANGLADESH

















lubang digali sedalam satu meter dan lebar. campurkan tanah kompos dan letakkan dalam lubang yang telah digali.

-------------------------------
Kelebihan Baja Kompos
-------------------------------
1.Tidak berbau
2.Meningkatkan kesuburan tanah
3.Memperbaiki struktur dan mengemburkan tanah
4.Memperbaiki pH tanah
5.Merangsang pertumbuhan pokok
6.Meningkatkan kualiti hasil pertanian


Faedah

1.Menyelesaikan masalah pencemaran dan bau busuk
2.Menjimatkan kos penyediaan kumbahan najis ternakan
3.Menjimatkan kos eletrik dan air
4.Mesra alam sekitar

boleh cuba kaedah ni !

Jenis-jenis durian di Malaysia



MENGENALI JENIS-JENIS DURIAN

Tahukah anda semua buah durian mempunyai pelbagai jenis atau varieti durian dipasaran?

Terdapat pelbagai jenis buah durian dari pelbagai baka yang dijual di seluruh negara.dan setiap jenis buah durian ini mempunyai rasanya yang berbeza – beza dan tersendiri.


Tidak hairan juga sekiranya kita singgah digerai – gerai jualan buah durian kita akan mendapati harga buah durian ini adalah berbeza – beza.

Jadi sebelum anda membeli,marilah kita menambah pengetahuan mengenai durian supaya kita tahu varieti apa yang kita sedang makan dan juga dapat mengelak dari penipuan penjual yang tidak bertanggungjawab.Selain itu ianya memudahkan kita memilih jenis durian yang diingini .

Mari kita lihat klon-klon durian yang ada di Malaysia:













MINUM AIR TEBU SEGAR TANPA MESIN



NAK MINUM AIR TEBU SEGAR TANPA MESIN INILAH CARANYA...KALAU ADA TANAMAN TEBU DI RUMAH BOLEHLAH CUBA CARA NI.









Air dari tebu, tanam sekali boleh minum air selamanya (Ancient technology of Thailand) sama seperti mengambil nira nipah di Malaysia.

Caranya:


1. Tunggu sehingga pokok tebu berumur 6 bulan. Dalam satu rumpun tebu hanya pilih satu pokok yg sesuai.

2. Ambil tong cat, potong di tengah ikat dan isi dgn media tanaman/potting soil. Ikat tong ini ke besi yg ditanam di tanah dikiri kanan tong tadi, agar tidak tumbang seperti ditunjuk di gambar.

3. Tunggu 2 bulan akar akan tumbuh dalam tong tersebut.

4. Setelah 2 bulan, cantas batang tebu bawah tong tadi secara serong 45° dan lebih kurang cukup untuk letak gelas/cawan di bawahnya, air akan keluar setitik2 dari batang tebu tadi. Boleh dapat dalam 1 gelas 1 hari.

5. Untuk dapatkan air, hiris nipis batang tebu itu setiap hari.

6. Sekiranya hirisan dibatang tebu yang dibuat setiap hari, telah sampai ke tong, injak tong tersebut naik ke atas.

JOM TANAM KANGKUNG SENDIRI






----------------------------------------------
JOM TANAM KANGKUNG SENDIRI
-----------------------------------------------

perkongsian dari FB :


Cara-caranya :

1.rendam benih 32jam guna air paip(maximum)kalau ada benih yg kembang sangat dlm masa 24jam..boleh asingkan dan letak dlm tapis.boleh terus lompat masuk step no 2.

2.toskan benih lps rendam.masukkan dlm tpis.agak2 sj.jgn padat sangat jgn sikit sgt.

Pastikan guna tapis yg lubangnya kecil shj.lubang besar menyebabkan ank kangkung akn bolos nanti.jika benih ada yg dah berakar,masukkan akr2 kedalam lubang tapis

3.tapis yg letak atas baldi mesti ngam keduanya.masukkan air paip separas mencecah dasar tapis

4.tutup tapis berisi benih selama 2-3hari.tujuan tutup adalah utk menggalakan ank semai cepat tumbuh panjang.

5.lepas tutup, anak benih akan tumbuh seperti taugey.jangan panik.memang betul dah caranya tu...waktu ni dah boleh dedahkan kepada cahaya.air dlm takungan xperlu buang.boleh tambah baja AB.

6.boleh mulai guna baja ab bancuhan 10mlab+2L air atau 1.5ec-2ec

7.hanya pantau air baja dan akar pokok.

Tambah air baja bila perlu.kadar bancuhan baja mulakan drp 1.5ec minggu1(10ml ab+2L air) , 2ec minggu ke2(15ml ab+2L air) dan 3ec minggu ke3 (20ml ab+2L air)

Tuai bila kangkung berumur +-3w

Pahang pengeluar utama durian



------------------------------------------
Pahang pengeluar utama durian
------------------------------------------

Keenakan durian tidak dapat disangkal lagi kerana menjadi kegemaran segenap lapisan masyarakat negara ini.


Durian atau nama saintifiknya Durio zibethinus Murr tergolong dalam keluarga Bombaceae dan terdapat di seluruh negara.

Tidak hairanlah banyak nama tempat di Malaysia berasaskan durian seperti Kampung Durian Sebatang di Raub, Pahang, Kampung Durian Tipus di Negeri Sembilan, Kampung Durian Hijau di Jerantut dan Simpang Durian, Durian Chondong di Johor.

Ia secara tidak langsung membuktikan wujud taburan durian di Malaysia kerana tiada kata nama lain digunakan selain untuk pokok dan buah durian.

Khazanah ini dikenali di setiap peringkat dan lapisan masyarakat. Secara tidak langsung membuka mata dunia mengenai keunikannya.

Anugerah ini juga memecahkan tembok prestij buah-buahan tempatan di peringkat global dan mula digemari penduduk dunia.

Kini, hampir 200 varieti durian didaftarkan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA). Antaranya, varieti komersial seperti D24, D99 (Kop Kecil), D145 (Durian Hijau/Beserah), D168 (ioi/Hajah Hasmah), D160 (Tekka/Buluh Bawah), D197 (Raja Kunyit/Musang King) dan bermacam-macam lagi.

Mengikut statistik Tanaman Buah-Buahan Jabatan Pertanian 2015, sebanyak 70,607.8 hektar tanaman durian diusahakan dengan keluasan berhasil 51,048.6 hektar di seluruh Malaysia. Pahang sahaja memiliki 15,423.9 hektar dengan keluasan berhasil 10,940.8 hektar.

Sementara itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyenaraikan Pahang sebagai pengeluar utama durian dengan jumlah keseluruhan pengeluaran kira-kira 30,030 tan dalam tempoh enam bulan tahun ini bermula Jun hingga November depan.

Varieti durian seperti Musang King, IOI dan D24 berada di kedudukan teratas permintaan daripada penggemar tempatan dan luar negara. Tidak ketinggalan durian kampung yang tetap masih disukai kerana faktor harga dan rasanya.

Perak menduduki tempat kedua dengan 8,405 tan diikuti Johor 6,821 tan.

Timbalan Ketua Pengarah FAMA, Abdul Razak Abdul Majid berkata, di Pahang pokok durian jenis Musang King, ioi dan D24 banyak ditanam di beberapa daerah seperti Bentong, Jerantut, Raub, Lipis dan Maran yang diusahakan secara kecil-kecilan dan komersial.

Katanya, harga yang mahal iaitu antara RM35 hingga RM85 sekilogram tidak menjadi penghalang kepada penggemar raja buah itu merasai keenakan Musang King yang isinya berwarna kuning keemasan dengan bentuk yang menarik.

Menurutnya, pasaran durian klon bukan saja tertumpu kepada masyarakat tempatan, malah turut dieksport ke China dengan kaedah sejuk beku. Usaha itu dilakukan FAMA Jerantut dengan kerjasama beberapa syarikat swasta.

“Untuk memberi pulangan lumayan dan menguntungkan, saya meminta pekebun durian di negara ini beralih mengusahakan tanaman durian jenis Musang King selain beberapa klon lain seperti ioi dan D24.

“Walaupun terpaksa mengeluarkan modal agak besar, dalam tempoh empat hingga enam tahun, mereka pasti mampu meraih pendapatan lumayan berlipat kali ganda setiap kali musim durian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pesta Durian dan Kenduri FAMA Pahang di Taman Tropika, Raub, baru-baru ini.

Ekologikal Engineering kaedah mengawal serangga perosak secara semulajadi.



-----------------------------
Ekologikal Engineering
------------------------------

Ekologikal Engineering menerangkan mengenai bagaimana tanaman bunga bungaan mampu membantu mengawal serangga perosak secara semulajadi.


dengan cara ini anda boleh mengubah landskap ladang anda menjadi lebih meriah dan mengawal serangga perosak pada masa yang sama.

Contoh gambar dari program EE di sawah. Lokasi : Selangor.

Pesawah ini dpt mengurangkan penggunaan racun serangga kimia dan populasi serangga perosak juga semakin berkurangan.

KreditFoto utk Puan Salbiah Sani ( Jabatan Pertanian Selangor )

perkongsian dari Puan norwahidah hambali

CARA MUDAH TANAM SAYUR GUNA BOTOL MINERAL



CARA MUDAH TANAM SAYUR GUNA BOTOL MINERAL

1.gunakan Botol mineral 1.5L @ apa jua botol air.

2. Span biasa org buat tapis kat uquarium tu.

3. Potong botol tu...anggaran suku dari gambar diatas.
4. Sumbat span pada penutup botol.

5. Bahagian atas letakkan sabut kelapa @ tanah bakar

6. Sukatan air baja pula anggarannya 1penutup botol untuk baja A & baja B

Campur dengan air dan letakkan dibahagian atas botol yang dah telah diletakkan sabut kelapa tu

Air jangan penuh sangat..anggaran cuma membolehkan air di serap ke atas.

Lepas tu letakkan anak benih dan tunggu anak benih hidup

Selamat mencuba.