Jumaat, 2 Mei 2014

Buat Sendiri Enzim Buangan

info dari kebunbandar.com:

Enzim Buangan (EB) adalah larutan yang terhasil daripada proses pemeraman sisa bahan dapur yang terdiri daripada sayuran dan buah-buahan bersama gula merah dan air selama 3 bulan. Enzim ini berguna sebagai bahan pencuci dan juga sebagai baja.

Resepinya mudah sahaja.

Bahan:
1. 3kg sisa sayuran dan buah-buahan
2. 1kg gula merah
3. 10L air

Resepi ini adalah sebagai panduan. Anda boleh menambah atau mengurangkan jumlah bahan yg digunakan, tetapi gunakan nisbah 3:1:10, iaitu 3 bahagian sisa sayur/buah : 1 bahagian gula : 10 bahagian air).

Campurkan ketiga-tiga bahan itu ke dalam balang plastik. Gaul sehingga campuran itu sebati. Tutup balang dan labelkan tarikh. Pada minggu pertama dan kedua, anda mungkin perlu buka sekejap dan tutup kembali balang untuk mengeluarkan gas yang terhasil. Peram selama 3 bulan.

Selepas 3 bulan, anda boleh tapis untuk mengasingkan enzim dan sisa pejal. Anda akan dapati enzim ini berbau wangi, seperti bau jeruk. Jika baunya busuk bermakna enzim tidak menjadi.

Nota: Sisa buahan citrus (limau) cukup sesuai untuk diperam. Ada yang kata kulit bawang kurang sesuai untuk diperam, kerana baunya nanti kurang enak. Bau enzim juga berbeza, mengikut jenis buahan yang digunakan.

Kegunaan :
1. Sebagai bahan pencuci. Boleh digunakan untuk mencuci lantai, pakaian, merendam buah dan sayuran, pencuci pinggan mangkuk, dapur berminyak, menghilangkan bau tandas, dapur dan juga menghilang bau hanyir pada peralatan dapur.
2. Penghalau serangga seperti lipas dan semut. Juga sebagai 'air freshner'.
3. Sebagai baja.
4. Sebagai racun serangga.
5. Sebagai pembersih longkang, tandas, lubang sinki.

Cara guna:
Untuk digunakan, EB ini perlu dicairkan kepada beberapa nisbah.

1. Sebagai baja, cairkan 1:100/500/1000
2. Sebagai penghalau serangga, cairkan 1 : 1000
3. Air freshner, cairkan 1: 200
4. Kegunaan dapur, anda boleh cairkan ikut kesukaan. Saya gunakan lebih kurang setengah cawan EB/liter air.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan