HIDROPONIK MUDAH

JOM TANAM SAYUR SENDIRI
tanaman hidroponik di rumah / tanaman hidroponik dalam botol / hidroponik buatan sendiri /baja hidroponik /  jenis tanaman hidroponik / cara tanam sayur dalam pasu / cara tanaman hidroponik di rumah

Ramai Yang ada kesedaran Untuk tanam sayur sendiri Di rumah sekarang.walaupun sibuk Dengan kerja Atau kawasan rumah Yang terhad,namun timbul idea-idea menarik yang boleh digunakan dalam pertanian Bandar.

Tahukah anda dengan menanam sendiri sayur di kawasan rumah, anda telah jimat sekurang-kurangnya RM300 sebulan bersamaan RM3600 setahun.Jika sehari anda belanja RM10 sahaja untuk membeli sayur.

Anda juga menikmati sayur segar yang tidak mengandungi racun serangga yang tinggi dan seterusnya meningkatkan kualiti kesihatan anda.

Cuba rasai sendiri sayur-sayuran dari hasil tangan anda!

Harga minyak makin naik dan harga sayur juga naik. Jom tanam sayur sendiri.



JOM TANAM SAYUR SENDIRI DENGAN HIDROPONIK HYDROTUBE


Mudah ditanam,Tahan lama,Jimat ruang,Jimat belanja,Boleh digantung,Boleh dipindahkan.


Apakah Set Hidroponik Gantung Hydrotube?


Set Hidroponik Gantung Hydrotube adalah Inovasi Terkini Set Menanam Secara Hidroponik yang Sungguh Mudah.


Hidroponik menggunakan hydrotube adalah berkebun tanpa tanah. Dalam sistem hidroponik berkebun, tanaman yang ditempatkan di media yang berkembang dan zat tumbuhan diserap langsung ke akar.

Tiub pvc sepanjang 4.5 kaki yang tidak mudah pecah ini boleh digantung maka menjimatkan ruang untuk penanaman sayuran.

Jarak antara lubang pula adalah 6 inci.





MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI SET HIDROPONIK MUDAH TANAM INI?




Kebaikan menggunakan Set Hidroponik Hydrotube :

✔ Mudah tanam,Tahan lama, Jimat ruang, Jimat belanja, senang dipindahkan

✔ Hanya Ikut beberapa Langkah Mudah Untuk Menanam Tanaman Anda. Tanam, Belai, Tuai!

✔Set Hidroponik Pilihan Ramai

✔500 unit sudah dimiliki pengguna Seluruh Negara sejak dilancarkan pada bulan Februari 2017 !

✔Set Hidroponik yang Jimat

✔ Set Hidroponik yang jimat ini datang dengan paip pvc 8 lubang

PERCUMA Benih

PERCUMA Kawalan Serangga dan Penyakit/ Foliar Organik

✔ Set Hidroponik ini didatangkan dengan kawalan serangga dan penyakit / foliar organik.

✔ Mudah ditanam,Tahan lama,Jimat ruang,Jimat belanja,Boleh digantung,Boleh dipindahkan.Menjimatkan ruang di rumah anda!

✔ Tak perlu menyiram hari-hari hanya perlu pastikan baja dan air di dalam tiub tidak kekurangan. Jika sudah kekurangan, perlu tambahkan bancuhan air dan baja.

✔ Lebih kemas dan tidak comotkan lantai

✔ Adalah kit mudah untuk mereka yang pertama kali mencuba untuk menanam secara hidroponik

✔ Tiub adalah kemas bertutup. Media tanaman jiffy 7 yang digunakan akan menutup penuh netpot (bakul semaian). Oleh itu dapat mengelakkan pembiakan nyamuk.

✔ zat tumbuhan diserap langsung ke akar.

✔ Tidak memerlukan kawasan yang luas.

 Masa menanam yang pendek = lebih pusingan tanaman setahun.

 Kerja-kerja berat yang membebankan dapat dikurangkan.

 Air dapat dijimat.

 Serangan penyakit dan serangga yang dibawa oleh tanah dapat dielakkan.

 Perosak tanaman (serangga dan penyakit) akan lebih mudah dikawal tanpa menggunakan racun yang merbahaya.

 Masalah rumput dapat dikurangkan.

 Nutrient dapat dikitar kembali (penjimatan penggunaan baja)

 Hasil yang lebih tinggi.

 Anak benih tidak terencat.

 Musim menanam sepanjang tahun = tidak dipengaruhi oleh musim yang mungkin tidak menentu.

 Lebih banyak jumlah pokok boleh ditanam pada setiap unit luas kawasan (kepadatan tinggi memungkin hasil maksima).

 Alam sekitar yang lebih bersih dan harmoni. Tidak ada bau yang tidak menyenangkan seperti bau najis dan sebagainya.



Apa yang akan anda dapat Di Dalam Set Hidroponik Ini?






Set Hidroponik Ini Mengandungi:

 Paip PVC saiz 3 inci panjang 4.5 kaki ( 8 lubang). Jarak setiap lubang adalah 6 inci.

 Media semaian (PD 42 diperbuat daripada sabut bermutu dan bersarung kemas)

 Baja AB

 Net pot diameter 42mm

✔ PERCUMA Benih.

✔ PERCUMA kawalan serangga dan penyakit / foliar organik.




Cara menggunakan hydrotube




1) Cari tempat yang sesuai untuk letakkan HydroTUBE. Yang penting, pokok dapat cahaya matahari dan tidak terkena hujan direct. Kalau tempias takpa. Sebab bila kena hujan lebat, air akan masuk dalam HydroTUBE dan mencairkan baja. Rugilah baja. Pokok pun tak subur.

2) Bancuh baja AB dan masukkan dalam HydroTUBE.

3) Semai benih pada PD42 (jiffy) dan letakkan dalam HydroTUBE

4) Seminggu sekali semburkan dengan kawalan organik untuk elak serangga dan penyakit.

5) Semak air baja dan tambah sekiranya kurang. Adalah disyorkan untuk semak air baja seminggu sekali.



Boleh digantung,Boleh dipindahkan.Menjimatkan ruang di rumah anda!




boleh disusun mengikut kreativiti anda.hydrotube diletakkan diatas para khas buatan sendiri



 sayur sawi yang ditanam menggunakan hydrotube.lebih bersih dan sihat.( akar berwarna putih )


 boleh diletakkan di tepi rumah.senang boleh pindah mana-mana


 menjadi tarikan jiran-jiran bila disusun didepan beranda




Cara bancuh baja AB


1) Sediakan 2.4 liter air paip, bersamaan dengan 1 + 2/3 botol air mineral besar atau 4 botol air mineral 600ml.

2) Masukkan DUA tutup botol Baja B ke dalam air paip tadi. Kacau larutan supaya sebati.

3) Masukkan DUA tutup botol Baja A ke dalam larutan yang sama. Kacau larutan.

4) Masukkan larutan ke dalam HydroTUBE


PENTING:

– Goncang botol baja sebelum membancuh.

– Sukat Baja A dan B menggunakan bekas yang berbeza. Jika gunakan bekas yang sama, bilas dahulu dengan air.

– Bancuh Baja B dahulu diikuti dengan Baja A. Jika tidak, baja akan bertindakbalas menjadi pejal dan tidak boleh digunakan lagi.

– Sebolehnya, bancuh baja apabila hendak digunakan sahaja. Jangan bancuh untuk stok sebulan terus.

– Simpan air baja dalam bekas bukan logam dan terlindung dari pancaran matahari.


Cara semai benih pada PD42 (jiffy 7)


1) Rendam PD42 dalam air bersih sehingga kembang.

2) Picit sedikit PD42 hingga lonjong dan masukkan memenuhi netpot.

3) Letakkan netpot dalam lubang HydroTUBE dan semai benih pada PD42. Jangan semai terlalu dalam.

4) Catatkan tarikh menanam. Selepas seminggu sudah boleh sembur dengan kawalan organik.


Cara bancuh kawalan organik
kawalan serangga organik diberi percuma

1) Sediakan air 1 liter (dua botol mineral kecil)

2) Bancuh 1 tutup botol kawalan organik dengan air 1 liter tadi.

3) Sembur pada pokok. Kalau rajin sembur dua kali seminggu.


Selamat menggunakan HydroTUBE dan menikmati sayur yang ditanam sendiri!


Cara semai benih pada PD42



1) Rendam PD42 dalam air bersih sehingga kembang.

2) Picit sedikit PD42 hingga lonjong dan masukkan memenuhi netpot.

3) Letakkan netpot dalam lubang HydroTUBE dan semai 2 3 biji benih pada PD42. Jangan semai terlalu dalam.

4) Catatkan tarikh menanam. Boleh gunakan tape putih dan lekatkan pada tiub pvc. Gunakan marker untuk catat tarikh.

5) Selepas seminggu sudah boleh sembur dengan kawalan organik.





Berapa kerap kena ganti air dalam tiub?


Air tidak perlu diganti selalu. Apabila pokok semakin membesar, pokok akan lebih menyerap air. Kita perlu cek level air dan tambahkan bancuhan baja AB Sahaja.

Cek air lebih kerap jika tiub diletak direct di bawah matahari.




pelanggan yang telah membeli hydrotube





 boleh gantung di depan rumah.bila nak masak tak payah susah-susah ke kedai.petik je sayur kat depan rumah




penghantaran menggunakan kurier skynet.pantas dan berkesan.. yang penting selamat




sayur yang dah boleh dipetik dan dimasak. satu cekak satu hari. jimat belanja seminggu



boleh susun ikut kreativiti anda.nampak cantik juga bila dijadikan landskap di rumah. tambah pula dengan sayur yang segar dan pelbagai warna





sayur yang lebih tu boleh bagi sikit kat jiran.. jiran pun seronok.rezeki kita pun murah sebab bersedekah.



 tanam kangkung. hydrotube sesuai untuk semua sayur daun


boleh buat menara sayur anda sendiri. hydrotube tahan lama,tahan panas dan hujan. beli sekali boleh tanam berkali-kali



kreativiti pelanggan yang membeli hydrotube.ada 10 hydrotube yang boleh menjimatkan belanja dapur keluarga anda. satu paip boleh tanam satu jenis sayur,pelanggan ni membuat menara sayur yang boleh tanam 10 jenis sayur daun


 hadiah untuk mak di kampung





 menara sawi



boleh gantung tepi tingkap.. 




mudah nak petik..



sayur yang dah siap dipetik.lepas ni boleh tanam sayur lain pulak.




BERAPA HARGA HYDROTUBE ?

RM 75
SABAH SARAWAK RM110
(HARGA TERMASUK KOS PENGHANTARAN)

MURAH DAN JIMAT



BAGAIMANA NAK MEMBELI SET HYDROTUBE?


WHATAPPS NO DIBAWAH:


www.wasap.my/60123969017
www.wasap.my/60123969017
www.wasap.my/60123969017




Tiada ulasan:

Catat Ulasan