Sabtu, 3 Mei 2014

Jadi kaya dengan idea tanam limau.

TANAMAN LIMAU PURUT WAK HADI – dari Kg Parit Baru Baroh ke pasaran Eropah

Encik Ahmad Hadi bin Ikhsan mendapati sepohon pokok limau purutnya yang tumbuh rimbun di belakang bilik air di rumahnya boleh menghasilkan pendapatan harian antara RM 50.00 hingga RM 60.00. Pohon yang terletak di rumahnya di Kampong Sungai Apong, Sabak Bernam, Selangor kerap didatangi oleh peraih tempatan dan luar yang datang ke rumah untuk mendapatkan bekalan daun daun dan buah limau purut untuk pelbagai tujuan.

Encik Ahmad Hadi yang lebih dikenali dengan panggilan Wak Hadi telah mengambil keputusan untuk menanam lebih banyak tanaman limau purut ini di tanah peninggalan arwah bapanya seluas 0.6 hektar di Kg. Parit Baru Baroh. Peringkat awal penanaman adalah sebanyak 1200 pokok yang ditanam kira-kira 22 tahun lalu dilihat oleh jiran-jiran serta rakan sebagai usaha sia-sia kerana pasaran buahnya yang terhad.

Ternyata pandangan itu meleset kerana hari ini Wak Hadi bukan sahaja memasarkan buah limau purut tetapi ternyata hasil dari daunnya lebih lumayan dari buahnya dan boleh tersenyum puas dengan pendapatan purata antara RM 80 hingga RM 100 ribu setahun. Malah pasaran untuk kedua-dua bahan tanaman ini bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi menjangkau ke pasaran Eropah.

Beliau berterima kasih kepada Jabatan Pertanian yang telah menghulurkan bantuan dan khidmat nasihat kepada beliau dan sejak tahun 2005. Pembesaran kawasan telah dilakukan dengan penambahan bilangan pokok seterus pihak jabatan telah menghulurkan bantuan berupa khidmat nasihat dan bahan imput seperti baja, racun dan sebagainya.

Kini projek di bawah Pembangunan Kluster Herba, Jabatan Pertanian, Wak Hadi telah memperluaskan kawasan tanaman menjadikan 1.2 hektar dengan tanaman hampir 3,000 batang pokok yang boleh membuahkan hasil purata 12 – 15 m/tan buah dan daun limau purut setahun.

Kutipan hasil daun limau purut dijalankan 4 kali seminggu manakala buahnya dikutip bergantung kepada musim. Setakat ini menurut Wak Hadi, pasaran hasil buah dan daun adalah untuk pasaran tempatan dan juga ke pasaran ke Paris yang dikutip oleh peraih setiap kali mengutip hasil. Permintaan dari Hong Kong terpaksa ditolak disebabkan kekurangan bekalan.

Jabatan Pertanian sedang memperluaskan tanaman limau purut di kawasan ini dengan mengalakkan lebih ramai petani kawasan Sabak Bernam menanam tanaman limau purut dengan menjadikan Wak Hadi sebagai mentor kepada petani tempatan. Setakat ini 10 orang pengusaha sedang memulakan projek tanaman limau purut dengan keluasan lebih 10 hektar yang akan menghasilkan lebih 200 m/tan hasilan buah dan daun limau purut setahun.

Menurut Encik Mohyee bin Aris Agen Pengembangan Kawasan (APK), Jabatan Pertanian Negeri Selangor sedang berusaha untuk mempelbagaikan hasilan limau purut sebagai industri hiliran seperti produk kering dan sebagainya


INFO JABATAN PERTANIAN MALAYSIA.




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan