Genus ini termasuk satu spesies, Common fig (F. carica), yang menghasilkan buah yang sering dikeringkan dan diperdagangkan dengan panggilan ‘buah ara’ atau ‘buah tin’ yang disebut dalam Al-Quran. Ianya sangat popular dikalangan jemaah haji yang membelinya untuk dijadikan buah tangan selain dari buah kurma, kismis dan sebagainya. Terdapat beberapa spesies-spesies yang lain juga boleh dimakan walaupun tidak beberapa popular. Terdapat pendapat yang menyatakan buah tin merupakan antara tumbuhan terawal yang ditanam oleh manusia.
Buah ara sebenarnya bukanlah buah, ianya adalah sejenis pengubahsuaian kepada bunga. Berbentuk bebawang dengan satu pembukaan kecil (ostiol) pada hujungnya. Di dalam ‘buah’ ara ini terdapat rongga berbunga, yang digunakan oleh penyengat ara untuk merayap ke dalam untuk mendebungakan bunga-bunga ara tersebut.
Tumbuhan ara adalah spesies-spesies teras dan merupakan spesies VIP (very important plant) di hutan hujan. Ini kerana ia sentiasa menghasilkan buah ara yang menjadi sumber makanan penting untuk kebanyakan haiwan-haiwan penghuni hutan sepanjang tahun.
info: jabatan pertanian malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan