BENIH CILI BARA

Tanaman cili bara | Panduan dan cara tanam


Benih cili bara sesuai untuk tanaman di tanah tinggi dan rendah.mempunyai banyak cabang,berbuah tegak dan lebat dan warna buah hijau terang,berkilat,sangat pedas dan tahan layu bakteria.Dianggarkan boleh mengutip hasil pada hari ke 115-120 selepas tanam.Sepokok dianggarkan mengeluarkan hasil sebanyak 0.4-0.5 kilo sepokok.




Benih cili bara sesuai untuk tanaman di tanah tinggi dan rendah.mempunyai banyak cabang,berbuah tegak dan lebat dan warna buah hijau terang,berkilat,sangat pedas dan tahan layu bakteria.Dianggarkan boleh mengutip hasil pada hari ke 115-120 selepas tanam.Sepokok dianggarkan mengeluarkan hasil sebanyak 0.4-0.5 kilo sepokok.






Ciri-ciri:
  • Sesuai di tanam di tanah rendah atau tinggi

  • Mempunyai buah berwarna hijau terang dan berkilat

  • Buah bersegi tiga dengan hujung yang runcing

  • Ukuran buah boleh mencapai 3.5cm panjang dan 0.7cm diameter

  • Mempunyai rasa yang pedas

  • Varieti ini mempunyai cabang yang banyak, rendah dan sangat produktif

  • Menghasilkan buah selepas 115 hari disemai
  • Mampu mengeluarkan hasil sehingga 0.5kg setiap pokok.(bergantung pada cara dan kaedah penanaman yang dijalankan)



Cara dan panduan menanam cili dalam pasu atau polybag

Sayuran cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi masakan mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul.

Berikut adalah kaedah penanaman didalam pasu yang boleh dijadikan panduan.

i. Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.

ii. Semai terus3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.

iii. Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.

iv. Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu.

v. Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi.

vi. Hasil tuaian lada selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam. Anggaran hasil mengikut kaedah ini adalah diantara 0.8 – 15 kilogram sepokok.

Bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai tanah yang luas, panduan berikut boleh diikuti.

i. Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 meter lebar dan 22 – 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan manakala jarak antara batas pula ialah 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan.



Menyemai Biji Benih


1. pertama sekali anda boleh menyemai benih cili menggunakan  tray semaian atau media semaian jiffy 7. 

2. Tray semaian akan diisi dengan tanah yang sesuai untuk menyemai benih seperti tanah Holand (peatmoss) atau tanah campuran dengan kadar 2:1 (tanah hitam atau tanah bakar).


contoh tray semaian.biasa dijual dikedai-kedai pertanian.


benih yang disemai menggunakan tray semaian dan tanah yang sesuai

3. boleh juga menggunakan jiffy 7.Media percambahan ini mempunyai kadar nutrien yang tinggi yang akan mempercepatkan kadar pertumbuhan anak pokok cili.


  contoh penggunaan jiffy 7 sebagai medium semaian secara besar-besaran


 Anak benih yang sedia untuk dipindahkan



 Menyemai benih cili menggunakan jiffy 7



4. letakkan 1 atau 2 biji benih di dalam lubang tray semaian dan lubang tersebut dikambus sedikit sebelum disiram dengan air bagi menggalakan percambahan biji benih. 

5. Tray semaian seeloknya dibungkus dengan menggunakan plastik hitam atau ditutup dengan surat khabar di bawah rumah semaian.

6. Penyiraman anak benih cili dilakukan setiap hari pagi dan petang selama 2 minggu menggunakan semburan halus. 

7. Dalam tempoh 7 hari, anak pokok cili akan muncul dan membesar di dalam tray semaian. 

8. Anak pokok cili akan dibiarkan tumbuh membesar sehingga minggu ke 3 atau minggu ke 4 di dalam rumah semaian sebelum diubah ke ladang untuk disemai.



Menanam

i. Anak benih yang berumur enam minggu boleh diubah terus ke batas.

ii. Sebelum mencabut basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak beni dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.

iii. Jarak tanaman adalah 90 cm antara pokok dan 150 cm antara baris.




Penjagaan

i. Tabur baja di keliling pokok dengan kadar satu sudu besar atau 10 gram sepokok setiap dua minggu.

ii. Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.

iii. Bersihkan batas daripada rumpai menggunakan tanah, cangkul atau tajak.




Belakang rumah jadi lubuk rezeki


Hasil tanaman yang telah dikutip



Pekerja menimbang dan mengasingkan cili bara untuk dihantar kepada pemborong


kebun cili bara di rumahnya


TEMERLOH – Seorang bekas jurujual kereta tekad mengeluarkan wang simpanan RM40,000 bagi memulakan projek tanaman cili bara yang kini membuahkan hasil lumayan walaupun baru terlibat dalam bidang pertanian awal tahun lalu.

Shaharil Aria Alias, 29, kini boleh tersenyum puas apabila tanaman cili menggunakan sistem fertigasi yang diusahakan sejak Februari lalu kini mampu mengeluarkan hasil sekitar 80 kilogram setiap hari.

Menurutnya, dia yang kekurangan tanah mengambil keputusan menyewa sebidang tanah milik seorang penduduk kampung berkeluasan 0.3 hektar di belakang rumahnya pada awal tahun lalu dan mula terlibat dalam projek tersebut.

“Saya tidak ada pengalaman dalam bidang pertanian dan terpaksa berguru dengan seorang pengusaha tanaman cili bara di Selangor.

“Dengan wang simpanan yang saya kumpul selama tujuh tahun sebagai jurujual kereta, saya kemudian ambil keputusan keluarkan kesemua wang tersebut untuk dijadikan modal permulaan.

“Selepas tiga bulan akhirnya pokok cili saya mula buahkan hasil yang lumayan apabila mampu mengeluarkan hasil melebihi 100 kilogram setiap hari,” katanya sewaktu ditemui di rumahnya di Kampung Paya Tambang, di sini semalam.

Shaharil berkata, oleh kerana cili bara memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk mengutip hasil, dia membayar RM3 bagi setiap kilogram hasil cili yang dikutip penduduk kampung.

“Saya bayar RM3 untuk setiap kilogram kepada jiran-jiran dan penduduk kampung yang tolong kutip cili ini.

“Sejak terlibat dalam bidang ini, ramai penduduk kampung yang mula menunjukkan minat dalam bidang pertanian, sekarang Pejabat Pertanian Temerloh dan pelbagai agensi kerajaan mula memantau perkembangan projek saya,” katanya.

Menurutnya, dia menjangkakan hasil tanaman cili pada musim pertama ini mencecah 4.5 metrik tan iaitu bagi tempoh kutipan selama enam bulan.

Bagaimanapun, kekurangan tanah menjadi masalah utamanya dan berharap ada pihak membantu menambah bilangan kebun dengan menawarkan tapak tanah baharu.






menjadi pilihan usahawan sambal hitam mak long raub 





Khasiat Cili


1. Menurunkan berat badan

Cili mengandung capsaicin yang akan mempercepat metabolismedan membantu tubuh membakar kalori lebih cepat. Hal ini terjadi keranacapsaicin meningkatkan suhu tubuh dan berperanan dalam meningkatnya degupan jantung. Lebih jauh, kajian menunjukkan orang yang hobi makan pedas biasanyamakan dalam jumlah yang sedikit sehingga berat badan lebih terjaga.



2. Menyehatkan jantung

Cili menyehatkan jantung dengan cara mencegah pembekuandarah. Penelitian juga menunjukkan kadar kolesterol jahat/LDL boleh mencegahoksidasi yang menyebabkan penyumbatan pembuluh darah. Capsaicin jugaefektif melawan inflamasi, yang telah diidentifikasi sebagai faktor risikopenyakit jantung.



3. Melancarkan peredaran darah

Makanan pedas akan melancarkan edaran dan menurunkantekanan darah. Cili juga membantu menguatkan dinding pembuluh darah kerenakandungan vitamin A dan C-nya.


4. Antikanser

Banyak penelitian menunjukkan ambilan teratur makanan pedasakan mengurangi risiko kanker. Capsaicin memperlambat pertumbuhan sel kankerdan pada banyak kasus sel-sel kanker mati tanpa merusak sel sehat disekitarnya.


5. Meningkatkan fungsi cerna

Manfaat cili dalam saluran cerna adalah meningkatkan peredaran darah di perut dan meningkatkan lapisan mukus. Capsaicin juga membantu membunuh bakteri H.pylori penyebab sakit maag. Akan tetapi jika Anda mengalami heartburn (rasa panas) setelah makan pedas, cubalah tablet antiacid yang akan meneutralkan asid di perut.



6. Flu

Capsaicin membantu meningkatkan pengeluaran peluh dan menghilangkan gejala flu yang mengganggu. Makanan pedas juga akan membantu membuka jalan pernafasan, mengurangi sinusitis, dan gejala flu lainnya. 



7. Tidur nyenyak

Peneliti dari Australia menemukan orang yang rutin mengambil makanan pedas lebih mudah tidur. Mereka juga cenderung bangun lebih pagi dan lebih segar.


8. Menjaga mood

Cili merah meningkatkan level endorfin dan serotonin yangmenghilangkan nyeri dan memberi perasaan nyaman. Hormon ini bertindak seperti pelawan stres dan depresi.


9. Melancarkan pernafasan

Makanan pedas bertindak membantupenderita asma, bronkitis kronik, sinusitis, dan penyakit pernafasan lainnyabernapas lebih baik.


sumber : http://www.khasiatherba.com/



Info cili padi

1. Cili padi atau juga dikenali sebagai cili burung ialah sejenis cili jenis pokok renek, buahnya bersaiz kecil, berwarna hijau ketika mudah dan berubah menjadi warna merah sesudah matang. Cili padi juga mempunyai rasa pedas yang agak kuat dan sesuai dicampurkan dalam sambal belacan.

2. Cili padi suka pada cahaya matahari yang banyak malah pokok ini sesuai tumbuh pada cuaca di negara kita. Banyak variati cili padi yang tumbuh secara semula jadi di kawasan semak atau hutan kecil yang disebabkan penyebaran biji oleh burung melalui tahinya. 

3. Pokok cili padi sangat mudah tumbuh pada tanah yang kaya dengan humus. Tanah lembab dan tidak kering serta baja. 

4. Cili padi tidak memerlukan baja yang banyak.

5. Sebenarnya cili padi sesuai ditanam dalam pasu, pilih pasu atau kontena bersaiz 18 inci ke atas bagi memberi ruang akarnya bebas untuk bergerak. 

6.jika menanam cili padi dalam pasu harus dibubuh baja sekurang-kurangnya dua minggu sekali. 

7. Jika menggunakan baja kimia guna satu sudu kecil dan tabur disekeliling pokok. Harus diingat jangan terkena pada batang pokok kerana ia akan melecur. Tanah dalam pasu juga harus digembur selalu agar pengudaraan di dalam tanah adalah baik. Hati-hati jangan merosakkan akar takut pokok cili padi anda akan mati.

8. Namun begitu, pokok cili padi mudah diserang penyakit seperti apid putih yang menyerang belakang daun sehinggakan daun-daun seolah-oleh berwarna putih menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut dan tidak subur.

9.Kadang-kadang pucuk cili layu dan mati. Ini disebabkan oleh ulat mengorek lubang. Apid putih boleh dimusnahkan dengan racun serangga organik yang diperbuat daripada sabun pencuci, minyak masak dan air. Sembur pada terkena jangkitan dan lakukan semburan hingga apid hilang. Pucuk daun layu pula petik dan musnahkan. Tunas baru akan muncul kemudian.

10. Cili padi sudah boleh dituai selepas satu bulan hingga dua bulan dengan memetik buah matang yang berwarna merah. 

11. Selagi pokok cili menghasilkan bunga selagi itu anda boleh tuai hasilnya. 

12.Cili padi sangat versatile sebagai makanan. Ini kerana rasa pedas pada makanan mampu memberikan selera lebih besar dan bertambah. 

sumber : http://tanomkinotuan.blogspot.com/


Jadi apa tunggu lagi, cari benih cili padi dan semai.

HARGA BIJI BENIH CILI BARA


1 pek / RM 10.00 / 100 biji


Kos Penghantaran RM 6.00




jika berminat boleh bank in ke akaun :


CIMB: HS HORIZON ENTERPRISE ( 8600435878 ) 

selesai pembayaran boleh berikan nama dan alamat untuk penghantaran




UNTUK PESANAN SILA WHATAPPS 





012-3969017
012-3969017
012-3969017

4 ulasan:

  1. Bestnya. Teringin juga nak berkebun, tapi tak tahu lah bila boleh mula. Kena tunggu anak2 besar sikit. Sekarang ni tengok hasil kebun mak je.

    BalasPadam
  2. Terima kasih panduan penanaman cili bara ini.saya sangat berminat dengan bidang pertanian tanaman secara hobi atau kormisel seperti cili bara ini.mudah di usahakan dan pasaran yang baik kerana ramai pengguna dimana-mana.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    BalasPadam