info dari kebunbandar.com :
Baja NPK Hijau 15-15-15 adalah baja sebatian kimia yang sering digunakan oleh pekebun dalam mereka bertani. Ia mendapat nama NPK hijau demi memudahkan petani bahawa baja ini sesuai sebagai baja awal penanam tanaman dan untuk sayur-sayuran.
Baja ini tergolong dalam kategori baja kimia. Ramai salah anggap bahawa baja kimia buruk untuk tanaman. Sebenarnya tidak. Baja kimia tidak memberi kesan buruk kepada tanaman. Kesan buruk adalah kepada alam sekitar apabila baja kimia kerap digunakan ke atas tanah.
Baja NPK Hijau mengandungi unsur nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K). Semua unsur ini amat penting kepada tanaman. Nitrogen digunakan untuk tumbuhan tumbuh daun. Manakala fosforus digunakan untuk menguatkan batang tumbuhan, dan kalium digunakan untuk pembungaan dan pembajaan. NPK hijau mengandungi peratus unsur NPK seimbang.
Nombor 15-15-15 mewakili peratus unsur yang terkandung dalam butiran baja itu. Jangan silap menyangka 15-15-15 itu sebagai nisbah. Jika nisbah sudah lama pengeluar baja menulis 1:1:1. Bagaimana dengan peratus yang lain iaitu 55% lagi dalam sebatian baja itu? 55% yang lain adalah bahan lengai untuk menstabilkan unsur yang ada dalam sebatian baja NPK hijau. Kita tidak akan mendapat nilai 100% sesuatu unsur dalam sebuah sebatian kerana itu adalah mustahil di alam nyata.
Baja ini sangat sesuai digunakan untuk penanaman sayur-sayuran. Peratus yang stabil ini dapat menggalakkan sayur tumbuh dengan sihat. Ini berbeza dengan baja NPK biru yang lebih sesuai untuk penanaman pokok buah. Bagi pekebun bandar, kita boleh gunakan baja ini dalam tanaman kita terutama dalam tanaman pasu. Masukkan baja berdasarkan jumlah yang disarankan pada paket pembelian.
Jangan terlebih kerana akan menyebabkan media tanah menjadi masin. Seterusnya akan menyebabkan pokok layu (proses osmosis pada akar) atau lebih teruk – mati. Batang pokok akan melecur jika baja diletakkan terlalu dekat dengan batang. Seterusnya ini akan menyebabkan pokok mudah patah dan rebah. Disarankan letak sekurangnya 5 cm jauh dari batang tanaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan