Rabu, 14 Mei 2014

membuat bekas tanaman menggunakan pallet.




1. potong pallet menjadi 3 bahagian.
2. trim dan bersihkan kepingan palet menggunakan kertas pasir untuk mengelakkan permukaan kasar.




3. cantumkan kedua bahagian kepingan palet dan pakukan atau lekatkan menggunakan skru untuk melekatkan kedua bahagian palet tersebut.






4. gunakan lebihan kayu blok yang berlebihan untuk dijadikan tapak tanaman.






letakkan jaring atau pelapik yang tahan air didalam palet tersebut.




letakkan rumput-rumput kering atau jerami dan letakkan tanah yang dicampurkan baja kompos atau sabut kelapa. dalam hal ini terpulang kepada anda. boleh saja gunakan tanah campuran yang biasa ada di nurseri.






pokok strawberi yang telah siap ditanam di dalam bekas palet yang telah siap.


Selasa, 13 Mei 2014

vertikal garden dari botol soda.

Berkebun menegak telah menjadi satu bentuk popular penanaman sayur-sayuran . berkebun secara menegak ini adalah Satu penyelesaian yang benar-benar baik jika anda tidak mempunyai ruang yang luas untuk bercucuk tanam.. 

projek kebun menegak ini  dibuat daripada rak CD dari IKEA dan botol dipotong dan diletakkan ke dalam rak tersebut. Menggunakan bahan kitar semula dan kos yang rendah , anda sebenarnya boleh memiliki taman menegak ! 

selamat mencuba

vertical recycled1 600x450 Vertical garden from soda bottles in vertical garden  with vertical garden urban sode bottles recycled

vertical recycled2 Vertical garden from soda bottles in vertical garden  with vertical garden urban sode bottles recycled

vertical recycled3 Vertical garden from soda bottles in vertical garden  with vertical garden urban sode bottles recycled

vertical recycled4 Vertical garden from soda bottles in vertical garden  with vertical garden urban sode bottles recycled



vertical garden dari botol plastik


vertical garden ialah taman secara menegak.. kelebihan taman menegak ini ialah menjimatkan ruang. bahan yang diperlukan ialah botol-botol air yang telah dipotong dua.

susun botol yang telah dipotong tadi dan letakkan di rak atau gantungkan. botol plastik tadi akan diisi dengan tanam untuk tanaman dan tanam pokok yang sesuai. 

selamat mencuba.





plastic milk bottle 297x800 Vertical garden with reused plastic milk bottles in vertical garden  with vertical planter milk bottle


IDEA dekorasi taman menggunakan basikal lama.

adakah anda mempunyai basikal lama yang dudah tidak digunakan lagi? nak cari alat ganti pun susah.. ? disini ada beberapa idea yang mungkin boleh anda gunakan dari basikal lama tersebut.

selamat mencuba.

Bicycle Planter Turn your old bike into an original garden decoration in decoration 2  with reused repurposed planter garden decoration bike

magazine bike 533x800 Turn your old bike into an original garden decoration in decoration 2  with reused repurposed planter garden decoration bike

garden wall Turn your old bike into an original garden decoration in decoration 2  with reused repurposed planter garden decoration bike

another bike in garden 600x450 Turn your old bike into an original garden decoration in decoration 2  with reused repurposed planter garden decoration bike

old bike turned Turn your old bike into an original garden decoration in decoration 2  with reused repurposed planter garden decoration bike

Garden Decoration Turn your old bike into an original garden decoration in decoration 2  with reused repurposed planter garden decoration bike


red bike garden Turn your old bike into an original garden decoration in decoration 2  with reused repurposed planter garden decoration bike

trellis dari spring tilam lama.

hah..tilam lama pun sekarang ni ada nilainya untuk taman anda. spring didalam tilam diambil untuk dijadikan trellis. trellis ini sistem sokongan untuk pokok yang menjalar dan memanjat.



peafence Mattress springs trellis in decoration 2  with Trellis Springs recycled Mattress

IDEA dari pintu lama.

pintu kayu rumah kita kalau dah tak berguna eloklah jangan dibuang. ini kerana di luar negara mereka telah menggunakannya sebagai hiasan laman dan taman rumah. mungkin dengan cuaca di malaysia yang kerap hujan idea sebegini kurang sesuai kerana boleh menyebabkan pintu rosak dan reput selain menjadi sarang anai-anai. walau bagaimana pun memang nampak cantik.

selamat mencuba.

d6 600x343 Old doors fences in decoration 2  with recycled Fences doors

d7 600x450 Old doors fences in decoration 2  with recycled Fences doors

d8 Old doors fences in decoration 2  with recycled Fences doors

reclaimed door fence 001 600x465 Old doors fences in decoration 2  with recycled Fences doors

reclaimed door fence 600x450 Old doors fences in decoration 2  with recycled Fences doors

idea DIY dari rim basikal. - taman bulatan

menggunakan rim basikal yang sudah tidak digunakan lagi sebagai rangka untuk taman berbentuk bulatan ini memang menarik. ini kerana rim basikal ini akan menjadi sistem trellis semulajadi untuk pokok jenis menjalar dan memanjat. ini menampakkan keindahan bagi taman itu sendiri.

1. cara pertama sekali kita mesti mendapatkan beberapa atau rim basikal yang sangat banyak untuk dijadikan rangka bulatan ini. boleh mengumpul secara berperingkat dahulu.

2.rim basikal tadi disambungkan dengan menggukan kabel tie, dawai atau wayar. pilihlah bahan pengikat yang tidak mudah reput atau putus.

3. sambungkan kesemua rim tadi hingga membentuk bulatan dan ikat menggunakan kabel tie dengan kuat supaya tidak longgar.

4. tanam pokok yang jenis menjalar atau memanjat seperti labu,petola atau kacang panjang. terpulang pada anda.

selamat mencuba.

IMG_1810.JPG

IMG_1809.JPG











wheels2 600x397 Bicycle Rim Vertical Gardening Dome in vertical garden  with rim repurposed bicycle

bekas tanaman menggunakn paip PVC

 sebahagian dari idea  projek kitar semula tempatan, Barcelona, Sepanyol pereka industri Fabian Andino dari Espaibuenrollo telah mereka satu bekas tanaman menggunakan paip PVC yang dicat dengan berwarna -warni. bekas tanaman ini  boleh digantung di tempat rehat,dapur atau ruang yang anda fikirkan sesuai.

selamat mencuba.


pipe planter 409x800 DIY: colorful PVC pipe planter in planter 2  with reclaimed planter pvc pipe planter DIY pipe planter

10 idea DIY menggunakan tayar.

10 idea menarik hias kebun atau halaman rumah menggunakan tayar. kalau menukar tayar baru,ambillah tayar lama untuk mencuba idea-idea ini. 



0 a719d a7763d01 XL 600x450 10 DIY ideas of reused tires for your garden in decoration 2  with Tires swing planter Inner tubes garden DIY decoration

tayar dicat menjadi bentuk kuda zebra



8642294865 7c2f79f128 b 560x800 10 DIY ideas of reused tires for your garden in decoration 2  with Tires swing planter Inner tubes garden DIY decoration

kerusi duduk berumput mudah alih.


baloicos pneus 561x800 10 DIY ideas of reused tires for your garden in decoration 2  with Tires swing planter Inner tubes garden DIY decoration

buaian bercorak


scrap tire snake 10 DIY ideas of reused tires for your garden in decoration 2  with Tires swing planter Inner tubes garden DIY decoration

susunan tayar berbentuk naga.


PIC 261 1382031364 800x635 600x476 10 DIY ideas of reused tires for your garden in decoration 2  with Tires swing planter Inner tubes garden DIY decoration

tempat anak-anak bermain pasir.


20 800x1066 600x800 10 DIY ideas of reused tires for your garden in decoration 2  with Tires swing planter Inner tubes garden DIY decoration

jongkang-jongket.



master MME004 600x600 10 DIY ideas of reused tires for your garden in decoration 2  with Tires swing planter Inner tubes garden DIY decoration

buaian berbentuk rusa.


car tire bike rack 10 DIY ideas of reused tires for your garden in decoration 2  with Tires swing planter Inner tubes garden DIY decoration


tempat simpan basikal.


tire 10 DIY ideas of reused tires for your garden in decoration 2  with Tires swing planter Inner tubes garden DIY decoration

bukit daripada tayar.



a42a2aa6c7440291c38ba9adc5892a56 M 10 DIY ideas of reused tires for your garden in decoration 2  with Tires swing planter Inner tubes garden DIY decoration

pasu bunga.

idea taman menggunakan buluh.

kalau di kampung mungkin mudah sedikit nak mencari pokok buluh ni. idea tanaman menggunakan buluh sebagai pasu ni mudah sahaja,dan rasanya sesiapa juga boleh buat.

1. cari buluh yang saiznya tidak terlalu kecil. 
2. potong buluh tadi mengikut beberapa ketinggian.
3. isikan buluh tadi dengan tanah campuran yang sesuai untuk tanaman.
4. pilih pokok bunga atau tumbuhan yang sesuai untuk ditanam didalam buluh tadi.
5. ikatkan kesemua buluh tadi yang telah dipotong mengikut ketinggian yang berbeza.

selamat mencuba.


bambou1 DIY bamboo planters in planter 2  with planter DIY bamboo

bambou2 DIY bamboo planters in planter 2  with planter DIY bamboo

hias taman dengan Batu M/M

menarik juga idea ni, bagi sesiapa yang berminat sangat dengan coklat M/M tu bolehlah cuba buat hiasan di rumah atau di taman sendiri,

1. cari batu yang berbentuk leper,bulat atau sekata.
2. cat kan dengan cat yang sesuai dan pilihan warna kegemaran anda.
3. lukis dengan berus tulisan M/M tu diatas batu..daah siap.

selamat mencuba.



enhanced 9104 1398303536 1 M&ms painted stones in decoration 2  with Stone painting m&m

idea kreatif guna semula pondok telefon menjadi pondok tanaman.

telephone tree planter repurposed phone box into tree planters in urban planter 2 guerrilla gardening  with repurposed planter phone


telephone tree planter2 repurposed phone box into tree planters in urban planter 2 guerrilla gardening  with repurposed planter phone



Pembuatan Baja Kompos Menguntungkan



Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos. Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien.

Humus ialah baja tanah natural yang sangat baik. Dengan mencampurkannya dengan tanah, humus boleh membantu pokok membesar dengan lebih sihat dan lebih cantik TANPA bahan kimia! Petani tradisional dan pemilik ladang moden di Malaysia tahu menghargai kebaikan baja kompos untuk mengkayakan tanah dan mengurangkan bahan buangan. Humus juga boleh membantu membaikpulih tanah di kawasan-kawasan seperti bekas kuari.

Hampir apa sahaja bahan organik boleh dijadikan baja kompos. Bahan-bahan yang boleh dijadikan baja kompos termasuklah bahan yang kaya dengan nitrogen dan karbon, rumput, sayur-sayuran, kulit buah-buahan, daun kering, topi mengkuang, kulit telur, beg kertas, kertas atau karbod, daun teh, serpihan kayu, tulang-tulang kecil, serbuk kopi, serbuk papan, najis haiwan (lembu, ayam,lembu,KAMBING,kuda, arnab), sisa meja makan (nasi, roti) dan sebagainya.

Alam semulajadi memproses baja kompos setiap masa – apabila daun gugur ke tanah, apabila haiwan membuang najis mereka, dan apabila semua makhluk mati. Alam mempunyai komuniti khas yang membantu memecahkan bahan-bahan ini dan menukarnya kepada nutrien yang berguna kepada semua tumbuh-tumbuhan. Komuniti ini dikenali sebagai komuniti detritus, dan ia termasuklah bakteria, kulat dan cacing. Proses penghasilan baja kompos hanya memerlukan beberapa elemen asas: bahan organik, organisma tanah, air, oksigen dan haba. Sisa organik seperti daun, sayur-sayuran dan kulit buah-buahan, daun teh, serbuk kopi dan kertas tisu semuanya boleh dijadikan baja kompos.

Rumput yang telah dipotong adalah bahan terbaik untuk dibuat baja kompos dan ia juga mereput dengan cepat. Sisa organik lain seperti kulit telur, kulit manggis dan bahan organik keras yang lain akan mengambil masa yang lebih untuk mereput.

Organisma tanah juga penting dalam pembuatan baja. Kebanyakan komuniti akan “muncul” perlahan-lahan apabila anda mula melonggokkan bahan ini di tanah

Adakah Pembuatan Baja Kompos Menguntungkan..??

Persoalannya adakah membuatan baja kompos ini menguntungkan para penternak atau pengusaha baja kompos sendiri?Jawapan memang ya!sebenarnya kos untuk membuat baja kompos satu tan hanya sekitar RM200 tetapi boleh dijual kepada pemborong dengan harga sekitar RM800. Bayangkan jika itu di jual kepada pemborong,bagaimana menjualnya terus kepada pengguna yang membeli secara kecil-kecilan di mana membeli dengan harga 1 kg RM2.00.Ia akan menyebabkan kita beroleh keuntungan dengan modal hanya berlandaskan 1 tan/1000 kg baja kompos bermodalkan RM200 dan boleh menjana keuntungan sebanyak RM2000.




Pembuatan Baja Kompos

Industri baja organik pada masa kini amat berkembang pesat di sebabkan kerajaan menggalakkan para usahawan menceburi sektor pertanian.Bagi penternak kecil-kecilan boleh juga menggunakan sisa ladang mereka yang ada untuk di jadikan pendapatan sampingan dengan menjadikan sisa ladang sebagai baja kompos di samping dapat mengamalkan konsep sifar sisa dalam ladang.Di sini saya cuba penerangkan proses pembuatan baja kompos secara menual ataua secara kecil-kecilan.Pada asasnya caranya sama juga pada peringkat komersial tetapi di peringkat itu banyak menggunakan teknologi moden dan jentera.

Proses yang saya paparkan ini adalah hanya menggunakan satu tan tinja kambing/lembu bersamaan 1000 kg.

Keperluan Asas

1.Tinja Lembu / Kambing
2.Bangsal 
- berbumbung penuh (mengindari dari sinar matahari secara langsung)
-dinding bangsal daripada batu setinggi 2 kaki dari lantai (supaya tidak basah terkena air hujan)
-lantai tidak bersimen
3.Skop/Penyodok/Cangkul

Bahan-bahan

1.Tinja / kotoran ternakan - 83%
2.Abu ( dari bahan bakar ) - 10%
3.Abuk Kayu Gergaji - 5 %
4.Kapor - 2%
5.STAR DEC - 0.25%

Proses Membuat Baja Kompos

1.Pengumpulan Tinja/ kotoran ternakan
2.Pengkomposan
3.Penapisan
4.Pembungkusan
5.Pemasaran




1.Pengumpulan Tinja/ kotoran ternakan

Tinja kambing/lembu ini di ambil daripada kandang dan di kumpulkan di sebuah bangsal untuk dijadikan baja kompos.Kebiasaannya untuk mendapatkan kuantiti tinja yang banyak mestilah dibiarkan beberapa minggu/bulan untuk mengumpul tinja tersebut berdasarkan kuantiti ternakan yang ada.Bagi penternak yang baru mula menjinakkan diri dalam bidang ini,kuantiti tinja dan lain-lain bahan mestilah di sukat dengan kuantiti yang betul supaya peratusan adunan dapat dilakukan dengan tepat.









2.Pengkomposan

Dalam memproses pengkomposan baja kompos ini terdapat 6 langkah iaitu :


Langkah 1
Pengkomposan baja bermula dengan mengadunkan bahan-bahan seperti tinja







Langkah 2
Kemudian perlulah menaburi STAR DEC pada tinja tersebut dengan peratusan 0.25% sahaja 






Langkah 3
Seterusnya ditaburi pula Abu ( dari bahan bakar ) pada tinja yang telah ditaburi STARDEC dengan peratusan 10% daripada kauntiti tinja tersebut.





Langkah 4
Langkah seterusnya adalah memasukkan Abuk Kayu Gergaji dengan peratusan 5 % sahaja
.

\\




Langkah 5
Akhir sekali,hendaklah diadunkan dengan Kapor dengan peratusan sebanyak 2%





Langkah 6
Setelah semua bahan diadunkan dan digaul sama rata,adunan tinja tersebut hendaklah disusun/ditimbun berlapis-lapis sehingga ketinggian lebih kurang 1.5 meter.Timbunan tersebut hendaklah dibiarkan timbunan selama seminggu dan dilakukan pembalikan dengan setiap 7 hari dengan 4 kali pembalikkan.





Semasa pembalikan dilakukan pastikan keadaan kelembapan sekitar 60%.Secara manualnya kita boleh memegang timbunan tersebut untuk merasai kelembapannya dengan tangan sahaja.Jika terlalu kering hendaklah direnjiskan air.
Ciri-ciri Baja Kompos Yang Baik

1.Suhu dingin secara alami (35°c)
2.Warna Coklat kehitaman
3. Sudah tidak berbau
4.Kadar air lebih kurang 40%

3.Penapisan

Selepas di lakukan 4 pembalikkan,mestilah kita menapisnya menjadi sebuk yang halus untuk menjadikan kualiti semasa kita pasarkan itu nampak baik.Jika hanya untuk kegunaan sendiri terpulanglah kepada tuan punya badan itu sendiri.Penapisan bolehlah dilakukan oleh mesin yang terdapat di pasaran sekarang dan harganya amatlah berpatutan atau tapisan boleh juga dibuat menggunakan jarring dawai yang biasa digunakan oleh tukang rumah untuk mengasingkan pasir kasar dan pasir halus untuk mendapatkan tekstur yang seragamdan mengasingkan benda asing yang tidakdiperlukan.Hasilnya selepas ditapus akan jadi seperti pada gambar di sebelah.




4.Pembungkusan

Selepas selesai ditapis dan hendaklah di timbang mengikut saiz pelastik pembungkusan.Pembungkusan boleh dibuat menggunakanjenama tertentu mengikut saiz 1kg, 5kg , 10kg atau 20kg mengikut permintaan pasaran.Jika baja baja kompos ini hendak dipasarkan secara besar-besaran hendaklah memasukan label/maklumat baja tersebut seperti nilai keasidan,peratusan kandungan bahan abik doi dalam baja dan lain-lain seperti juga makanan adanya label maklumat pemakanan yang mempunyai peratusan lemak,nutrien dan lain-lain untuk menyakinkan para pengguna/pembeli.



5.Pemasaran

Pemasaran amatlah penting dalam sesuatu perniagaan.Jadi untuk baja kompos ini adalah pasarannya amatlah luas disebabkan setiap aktiviti pertanian atau nursery memerlukan baja.Oleh itu,baja kompos ini boleh di pasarkan di pelbagai tempat dengan mengutarakan kelebihan baja kompos berbanding baja kimia.Antara tempat-tempat yang boleh dipasarkan produk ini ialah pasar tani,internet dan lain-lain lagi.

Kelebihan Baja Kompos

1.Tidak berbau
2.Meningkatkan kesuburan tanah
3.Memperbaiki struktur dan mengemburkan tanah
4.Memperbaiki pH tanah
5.Merangsang pertumbuhan pokok
6.Meningkatkan kualiti hasil pertanian

Faedah

1.Menyelesaikan masalah pencemaran dan bau busuk
2.Menjimatkan kos penyediaan kumbahan najis ternakan
3.Menjimatkan kos eletrik dan air
4.Mesra alam sekitar
5.Menarik minat pengusaha
6.Membantu mencapai sasaran Dasar Pedaging Negara


sumber asal: http://saypoolagro.blogspot.com/2009/11/baja-kompos.html