Jumaat, 2 Mei 2014

Baja Organik Sisa Ikan

info dari kebunbandar.com:

Baja Organik Sisa Ikan

Baja ikan adalah salah satu baja organik yang sesuai disemburkan pada sayur-sayuran. Ia kaya dengan unsur N yang sesuai untuk pertumbuhan pokok terutama daun.

Cara membuat baja ikan (fish hydrolysate)

Bahan:
1. 1kg ikan/perut ikan
2. 1 atau 1/2kg gula merah (ikut selera masing)
3. 1/2 cawan EM
4. 100ml air bebas klorin (untuk blender ikan/perut ikan)

Cara membuat :
1. Kisar ikan/perut ikan dengan sedikit air.
2. Campur gula merah, EM, masukkan dlm balang plastik.
3. Tutup dgn kain nipis, pastikan lalat/serangga tak masuk kedlm bekas/balang...
4. Simpan dalam bekas ini, hingga hilang bau ikan, maka ini bermakna baja ikan siap dan sedia untuk digunakan.
5. Baja ini akan siap setelah diperam selama 20 hari. Namun masa siap masih bergantung kepada cuaca. Lebih panas cuaca, lebih cepat baja siap.
6. Apabila siap, tapis baja dan simpan dalam botol plastik.

Penggunaan:
1 atau 2 sudu makan + 1 liter air. Elok juga jika dicampurkan dengan 1 atau 2 sudu makan EM dalam larutan baja ikan dan air. Siram atau sembur pada tanaman dan tanah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan