Khamis, 27 Oktober 2016

KAEDAH PERTANIAN UNIK DI BANGLADESH



KAEDAH PERTANIAN UNIK DI BANGLADESH

















lubang digali sedalam satu meter dan lebar. campurkan tanah kompos dan letakkan dalam lubang yang telah digali.

-------------------------------
Kelebihan Baja Kompos
-------------------------------
1.Tidak berbau
2.Meningkatkan kesuburan tanah
3.Memperbaiki struktur dan mengemburkan tanah
4.Memperbaiki pH tanah
5.Merangsang pertumbuhan pokok
6.Meningkatkan kualiti hasil pertanian


Faedah

1.Menyelesaikan masalah pencemaran dan bau busuk
2.Menjimatkan kos penyediaan kumbahan najis ternakan
3.Menjimatkan kos eletrik dan air
4.Mesra alam sekitar

boleh cuba kaedah ni !

Jenis-jenis durian di Malaysia



MENGENALI JENIS-JENIS DURIAN

Tahukah anda semua buah durian mempunyai pelbagai jenis atau varieti durian dipasaran?

Terdapat pelbagai jenis buah durian dari pelbagai baka yang dijual di seluruh negara.dan setiap jenis buah durian ini mempunyai rasanya yang berbeza – beza dan tersendiri.


Tidak hairan juga sekiranya kita singgah digerai – gerai jualan buah durian kita akan mendapati harga buah durian ini adalah berbeza – beza.

Jadi sebelum anda membeli,marilah kita menambah pengetahuan mengenai durian supaya kita tahu varieti apa yang kita sedang makan dan juga dapat mengelak dari penipuan penjual yang tidak bertanggungjawab.Selain itu ianya memudahkan kita memilih jenis durian yang diingini .

Mari kita lihat klon-klon durian yang ada di Malaysia:













MINUM AIR TEBU SEGAR TANPA MESIN



NAK MINUM AIR TEBU SEGAR TANPA MESIN INILAH CARANYA...KALAU ADA TANAMAN TEBU DI RUMAH BOLEHLAH CUBA CARA NI.









Air dari tebu, tanam sekali boleh minum air selamanya (Ancient technology of Thailand) sama seperti mengambil nira nipah di Malaysia.

Caranya:


1. Tunggu sehingga pokok tebu berumur 6 bulan. Dalam satu rumpun tebu hanya pilih satu pokok yg sesuai.

2. Ambil tong cat, potong di tengah ikat dan isi dgn media tanaman/potting soil. Ikat tong ini ke besi yg ditanam di tanah dikiri kanan tong tadi, agar tidak tumbang seperti ditunjuk di gambar.

3. Tunggu 2 bulan akar akan tumbuh dalam tong tersebut.

4. Setelah 2 bulan, cantas batang tebu bawah tong tadi secara serong 45° dan lebih kurang cukup untuk letak gelas/cawan di bawahnya, air akan keluar setitik2 dari batang tebu tadi. Boleh dapat dalam 1 gelas 1 hari.

5. Untuk dapatkan air, hiris nipis batang tebu itu setiap hari.

6. Sekiranya hirisan dibatang tebu yang dibuat setiap hari, telah sampai ke tong, injak tong tersebut naik ke atas.

JOM TANAM KANGKUNG SENDIRI






----------------------------------------------
JOM TANAM KANGKUNG SENDIRI
-----------------------------------------------

perkongsian dari FB :


Cara-caranya :

1.rendam benih 32jam guna air paip(maximum)kalau ada benih yg kembang sangat dlm masa 24jam..boleh asingkan dan letak dlm tapis.boleh terus lompat masuk step no 2.

2.toskan benih lps rendam.masukkan dlm tpis.agak2 sj.jgn padat sangat jgn sikit sgt.

Pastikan guna tapis yg lubangnya kecil shj.lubang besar menyebabkan ank kangkung akn bolos nanti.jika benih ada yg dah berakar,masukkan akr2 kedalam lubang tapis

3.tapis yg letak atas baldi mesti ngam keduanya.masukkan air paip separas mencecah dasar tapis

4.tutup tapis berisi benih selama 2-3hari.tujuan tutup adalah utk menggalakan ank semai cepat tumbuh panjang.

5.lepas tutup, anak benih akan tumbuh seperti taugey.jangan panik.memang betul dah caranya tu...waktu ni dah boleh dedahkan kepada cahaya.air dlm takungan xperlu buang.boleh tambah baja AB.

6.boleh mulai guna baja ab bancuhan 10mlab+2L air atau 1.5ec-2ec

7.hanya pantau air baja dan akar pokok.

Tambah air baja bila perlu.kadar bancuhan baja mulakan drp 1.5ec minggu1(10ml ab+2L air) , 2ec minggu ke2(15ml ab+2L air) dan 3ec minggu ke3 (20ml ab+2L air)

Tuai bila kangkung berumur +-3w

Pahang pengeluar utama durian



------------------------------------------
Pahang pengeluar utama durian
------------------------------------------

Keenakan durian tidak dapat disangkal lagi kerana menjadi kegemaran segenap lapisan masyarakat negara ini.


Durian atau nama saintifiknya Durio zibethinus Murr tergolong dalam keluarga Bombaceae dan terdapat di seluruh negara.

Tidak hairanlah banyak nama tempat di Malaysia berasaskan durian seperti Kampung Durian Sebatang di Raub, Pahang, Kampung Durian Tipus di Negeri Sembilan, Kampung Durian Hijau di Jerantut dan Simpang Durian, Durian Chondong di Johor.

Ia secara tidak langsung membuktikan wujud taburan durian di Malaysia kerana tiada kata nama lain digunakan selain untuk pokok dan buah durian.

Khazanah ini dikenali di setiap peringkat dan lapisan masyarakat. Secara tidak langsung membuka mata dunia mengenai keunikannya.

Anugerah ini juga memecahkan tembok prestij buah-buahan tempatan di peringkat global dan mula digemari penduduk dunia.

Kini, hampir 200 varieti durian didaftarkan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA). Antaranya, varieti komersial seperti D24, D99 (Kop Kecil), D145 (Durian Hijau/Beserah), D168 (ioi/Hajah Hasmah), D160 (Tekka/Buluh Bawah), D197 (Raja Kunyit/Musang King) dan bermacam-macam lagi.

Mengikut statistik Tanaman Buah-Buahan Jabatan Pertanian 2015, sebanyak 70,607.8 hektar tanaman durian diusahakan dengan keluasan berhasil 51,048.6 hektar di seluruh Malaysia. Pahang sahaja memiliki 15,423.9 hektar dengan keluasan berhasil 10,940.8 hektar.

Sementara itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyenaraikan Pahang sebagai pengeluar utama durian dengan jumlah keseluruhan pengeluaran kira-kira 30,030 tan dalam tempoh enam bulan tahun ini bermula Jun hingga November depan.

Varieti durian seperti Musang King, IOI dan D24 berada di kedudukan teratas permintaan daripada penggemar tempatan dan luar negara. Tidak ketinggalan durian kampung yang tetap masih disukai kerana faktor harga dan rasanya.

Perak menduduki tempat kedua dengan 8,405 tan diikuti Johor 6,821 tan.

Timbalan Ketua Pengarah FAMA, Abdul Razak Abdul Majid berkata, di Pahang pokok durian jenis Musang King, ioi dan D24 banyak ditanam di beberapa daerah seperti Bentong, Jerantut, Raub, Lipis dan Maran yang diusahakan secara kecil-kecilan dan komersial.

Katanya, harga yang mahal iaitu antara RM35 hingga RM85 sekilogram tidak menjadi penghalang kepada penggemar raja buah itu merasai keenakan Musang King yang isinya berwarna kuning keemasan dengan bentuk yang menarik.

Menurutnya, pasaran durian klon bukan saja tertumpu kepada masyarakat tempatan, malah turut dieksport ke China dengan kaedah sejuk beku. Usaha itu dilakukan FAMA Jerantut dengan kerjasama beberapa syarikat swasta.

“Untuk memberi pulangan lumayan dan menguntungkan, saya meminta pekebun durian di negara ini beralih mengusahakan tanaman durian jenis Musang King selain beberapa klon lain seperti ioi dan D24.

“Walaupun terpaksa mengeluarkan modal agak besar, dalam tempoh empat hingga enam tahun, mereka pasti mampu meraih pendapatan lumayan berlipat kali ganda setiap kali musim durian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pesta Durian dan Kenduri FAMA Pahang di Taman Tropika, Raub, baru-baru ini.

Ekologikal Engineering kaedah mengawal serangga perosak secara semulajadi.



-----------------------------
Ekologikal Engineering
------------------------------

Ekologikal Engineering menerangkan mengenai bagaimana tanaman bunga bungaan mampu membantu mengawal serangga perosak secara semulajadi.


dengan cara ini anda boleh mengubah landskap ladang anda menjadi lebih meriah dan mengawal serangga perosak pada masa yang sama.

Contoh gambar dari program EE di sawah. Lokasi : Selangor.

Pesawah ini dpt mengurangkan penggunaan racun serangga kimia dan populasi serangga perosak juga semakin berkurangan.

KreditFoto utk Puan Salbiah Sani ( Jabatan Pertanian Selangor )

perkongsian dari Puan norwahidah hambali

CARA MUDAH TANAM SAYUR GUNA BOTOL MINERAL



CARA MUDAH TANAM SAYUR GUNA BOTOL MINERAL

1.gunakan Botol mineral 1.5L @ apa jua botol air.

2. Span biasa org buat tapis kat uquarium tu.

3. Potong botol tu...anggaran suku dari gambar diatas.
4. Sumbat span pada penutup botol.

5. Bahagian atas letakkan sabut kelapa @ tanah bakar

6. Sukatan air baja pula anggarannya 1penutup botol untuk baja A & baja B

Campur dengan air dan letakkan dibahagian atas botol yang dah telah diletakkan sabut kelapa tu

Air jangan penuh sangat..anggaran cuma membolehkan air di serap ke atas.

Lepas tu letakkan anak benih dan tunggu anak benih hidup

Selamat mencuba.

KULIT KERANG BAJA TAMBAHAN EFEKTIF



KULIT KERANG BAJA TAMBAHAN EFEKTIF ?

Anadara granosa ataupun lebih dikenali dengan nama kerang adalah antara makanan laut popular dan mudah ditemui di pasaran.

Tahu kah anda kulit kerang mengandungi unsur kalsium karbonat yang tinggi selain kandungan mineral lain seperti potassium dan fosforus.


Kalsium karbonat antara unsur yang digunakan dalam dunia perkebunan untuk meneutralkan kandungan asid dalam tanah (meningkatkan kadar pH), oleh itu kebiasaannya tanaman akan tumbuh dengan lebih subur.

Meletakkan kulit kerang yang telah dicuci ke dalam pasu orkid anda antara petua yang digunakan untuk meningkatkan kesuburan pokok tersebut.

Kulit kerang yang kebiasaannya dibuang begitu sahaja kini boleh diletakkan sebagai salah satu cara memberi nutrient tambahan kepada orkid kesayangan anda.

Tidak perlu dalam kuantiti yang banyak, hanya beberapa kulit kerang sahaja sudah mencukupi.

CARA MENGHALAU MONYET DARI KEBUN



CARA MENGHALAU MONYET DARI KEBUN

Terjumpa kaedah ni yang dikongsikan dalam Facebook. Tak tahu kaedah ni berkesan atau tidak .. cara nak halau atau buatkan monyet ni takut masuk ke kebun dengan letakkan botol air yang diisi pewarna Merah. (sirap)

Menggantung Jus sirap yang telah dibotolkan desekeliling pagar ladang, dimana warna air di dalam botol itu se akan darah. Secara psikologinya ia akan menakutkan haiwan tersebut bahawa terdapat darah disekeliling kawasan ladang tersebut.


kalau anda ada cadangan lain bolehlah kongsikan

Idea guna batang pisang untuk bercucuk tanam



Pokok pisang sudah berbuah dan dituai? Selalunya pokok akan ditebang kerana tidak elok biarkan pokok pisang berbuah dua kali.

Tetapi tunggu kejap! Jangan buang batangnya lagi.


Gunakan untuk bercucuk tanam sayur. Tebuk beberapa lubang pada batang pokok pisang.

Isikan kompos dan kemudian semai biji benih sayur seperti kangkung, sawi, salad (lettuce), dan pelbagai lagi.

Batang pisang ini dapat membekalkan air semulajadi kepada tanaman sayur yang tumbuh di atasnya.

Antara kaedah tebuk lubang pada batang pisang:

1. Boleh guna tin sardin kosong saiz besar atau mana-mana tin keras.

2. Buang penutup dan gerigi hujungnya dengan pisau agar ia menjadi tajam.

3. Kemudian tekap pada batang pisang sehingga ia membenam masuk.

4. Seterusnya ambil pisau dan cungkil bulatan yang terbentuk.

5. Kemudian masukkan kompos atau tanah atas sebagai medium. 6. Semai biji benih.

7. Dalam masa 1-2 bulan, tanaman boleh dituai dan batang pisang sudah reput dan boleh dibuat kompos.

Jom dapatkan tips dan idea berkebun melalui group channel TELEGRAM kami. Klik link di bawah.

https://telegram.me/ideaberkebun

Blog:
Http://ideaberkebun.blogspot.com

Buat baja daripada roti




BAJA ROTI SBG BOOSTER TUMBUHAN.

BAHAN

1.ROTI YG MASIH BAIK


2.AIR BIASA TANPA KLORIN (air hujan),JIKA MENGUNAKN AIR PILI SILA DEDAHKN PADA MATAHARI SEHARIAN UTK HILANGKN/KURANGKN KLORIN.

3.BEKAS AIR BERSIHKAN DAHULU,TERBAIK GUNA BOTOL MINERAL.

SUKATAN :
1keping roti /1.5liter air

PENAPAIAN

1.Minima 4hari,tutup rapat dan dibuka slps 3hari utk melepaskn gas yg terhasil dari proses penapaian.( 7hari minima paling efektif)

2.Simpan ditmpt gelap.

PENGUNAAN
Semburan atau siraman anggaran 100ml 3/seminggu.

**Seeloknya digunakn dlm tempoh 14hari tp boleh bertahan hingga setahun jk diberi gula merah setiap 6bulan sbg makanan kpd mikrob.

KENAPA ROTI?

Penapaian roti mengunakn air atau secara terkawal adalah utk menghasilkn bakteria baik atau efektif mikrob yg membantu merencatkn pertumbuhan bakteria jahat/patogen yg ada dlm tumbesaran tanaman.

FUNGSI DAN KEBAIKAN :

1.Mengikat nitrogen dan mempercepatkn pereputan dan penguraian bahan organik dan menghadirkn nutrient dlm tanaman.

2.Mengalakkn pertumbuhan,pembuangan daun2 tua,mempercepatkn berbunga dan berbuah.

3.Membina ketahanan tanaman dari serangan penyakit dan serangga perosak.

4.Memperbaiki fizikal,kimia dan biological tanah.

5.Mempercepatkn pertumbuhan pucuk.

6.Meningkatkn bahan organik sbg baja.

7. Mengandakn pengeluaran yg berkualiti dan tumbesaran optima.

Selamat mencuba.

Membuat racun/penghindar serangga organik dengan minyak neem.




Membuat racun/penghindar serangga organik dengan minyak neem.

Minyak neem boleh didapati di kedai runcit India atau Mamak dengan harga beberapa Ringgit.

Serangga seperti lalat putih,ulat sayur boleh dikawal melalui semburan minyak neem. Ia juga boleh menghapuskan trlur telur serangga perosak.


Dengan hanya mencampur 3 isipadu neem dengan 1 isipadu pencuci pingan sunlight.

Cara guna adalah guna 20ml campuran minyak neem dengan seliter air dan digoncang. Sembur berikutan keatas daun, dahan, pucuk dan tanah.

BUAT BAJA DARI RUMPUT DAN KULIT TELUR







BUAT BAJA DARI RUMPUT DAN KULIT TELUR ?
-------------------------------------------------------------
Perkongsian dari FB : Liza Love Emran

Ini ada satu lagi baja yang tinggi kandungan nutrien untuk pertumbuhan sihat tanaman kita dan yang paling best sekali cuma menggunakan bahan terbuang. BAJA DARI RUMPUT!


BAJA CAIRAN RUMPUT ini kaya nitrogen, phosphorus, potassium, magnesium, boron, copper, manganese, sulfur, iron and silicon.

Baja ini sangat sesuai digunakan untuk pokok2 bunga atau sayur. Boleh disiram ke tanah atau digunakan sebagai baja foliar. Pastikan baja ini dicairkan sekurang2nya 10 kali ganda sebelum digunakan ya. 1 bahagian baja dicampur dengan 10 bahagian air.

Rumput yang selalu dicabut buang begitu saja ataupun pokok2 bunga lebihan terutamanya ros jepun amat kaya dengan nutrien dan mineral. Rugi lah kalau dibuang saja.

Bahan-bahannya:
----------------------

-rumput yang dicabut bersama akarnya
-sedikit kulit telur hancur
-kain kasa
-tali
-baldi bertutup

Cara-caranya:
-------------------

-masukkan rumput dan kulit telur ke dalam kain kasa.

- bunjutkan dan ikat kemas (bunjut jangan terlalu ketat/padat nanti susah air menyerap).

- masukkan kedalam baldi bersama air tanpa klorin (setiap cekak rumput + 1 jag/gayung air)

-tutup dan peram di luar rumah selama 2-4 minggu.
*jangan peram dalam rumah sebab berbau musyuk

-cairan baja boleh digunakan selepas 2 minggu. Cairkan 1 bhgn baja + 10 bhgn air. Kalau warna terlalu pekat tambah air lagi sebelum guna. Warna air bancuhan baja sepatutnya lebihkurang warna teh cair/nipis.

Sisa/hampas dari cairan baja ni (yang tertinggal dalam kain kasa tu) boleh ditambah ke dalam kompos. Baja cair juga boleh disiram pada kompos untuk menggalakkan proses pereputan bahan kompos.

SELAMAT MENCUBA

khasiat hebat pokok putat




Disebalik keenakkannya dijadikan ulam, apakah khasiat hebat pokok putat ini?

KEGUNAAN:

Ekstrak biji putat terbukti secara saintifik mempunyai sifat anti kanser. Di Kerala India, biji putat digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang menyerupai kanser (ketumbuhan).


KHASIAT

Kebanyakan pokok yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Walaupun begitu, hanya mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda.

Selain itu, buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit. Akar Putat yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah. Akar Putat juga boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin.

Di India, poltis daun dan buah Putat popular untuk mengubati gatal-gatal kulit, cacar air dan bengkak di kulit. Kulit batang Putat pula dapat mengurangkan komplikasi resdung. Caranya ialah kopek kulit batangnya dan jemur sehingga kering. Kemudian bakar dan sedut melalui hidung sehingga keluar air lendir. Ulangi setiap hari sehingga sembuh penyakit resdung.