Khamis, 24 Oktober 2013

Fungsi-fungsi Fish Amino Acid ( FAA )

Fungsi-fungsi Fish Amino Acid ( FAA )

Mengatasi stress

Stress seperti suhu tinggi, kelembapan rendah atau kekeringan, serangan hamama atau serangga, hujan berlebihan ( lembab), banjir dan kekurangan nutrients memberi efek negatif pada metabolisme tanaman dan akan membantutkan kualiti dan penghasilan tanaman.

 Penggunaan amino asid semasa penanaman secara berterusan akan mengubah fisiologi tanaman denagn pengawalan dan penghindaran stress menjadikan pokok sentiuasa dalam keadaan baik dan subur dan berupaya menentang penyakit.


Pengaruh Fotosintesis
Untuk kesuburan pokok, karbohidrat di sintesiskan oleh prosess fotosintesis, pada peringkat fotosintesis yang rendah mengakibatkan pertumbuhan yang lambat dan menyebabkan kebantutan dan kematian tanaman, klorofil adalah molekul yang bertanggung jawab untuk penyerapan tenaga cahaya.

 Glumate acid dan glisine merupakan enzime untuk proses sintesis dan pembentukan klorofil pada daun. Asid amino ini membantu untuk meningkatkan konsentrasi klorofil dan memantapkan proses fotosintesis lebih tinggi. Hal ini membuat tanaman menghijau dan subur bila proses sintesis berlaku secara maksima.


Tindakan pada Stomata

Stomata adalah struktur selular yang mengontrol atau mengawal keseimbangan hydro atau air dalam tanaman, penyerapan unsur makro dan mikro nutrients dan penyerapan udara. 

.Pembukaan dan penutupan stomata dikendalikan oleh dua faktor external (cahaya, kelembaban, suhu dan konsentrasi garam) dan faktor internal (konsentrasi amino asid, abscisic acid dan lain2).

 Stomata akan menutup ketika cahaya dan kelembaban rendah atau kering dan juga jika keadaan suhu dan konsentrasi garam yang tinggi, 

ketika stomata tertutup proses fotosintesis dan transpirasi atau perpeluhan berkurang dan berlaku penyerapan yang rendah pada unsur baja makro dan mikro dan respirasi meningkat yang memerlukan tenaga dari kabohidrat. 

Dalam hal ini keseimbangan metabolisme tanaman adalah negatif. Catabolism ( penguraian protein dan kabohidrat) lebih tinggi dari anabolisme. Ini berarti metabolisme lambat dan menghentikan pertumbuhan tanaman. Asid L-glutamat bertindak sebagai agen osmotic citoplasm dari sel pengawal.
 Penggunaan amino acid akan memudahkan pembukaan stomata dengan pengawalan dari keseimbangan catabolism.

Chelating Effect Amino Acid

Amino acid merupakan agen chelating atau pengurai untuk micronutrients. Penggunaan bersama atau sebagai siraman atau campuran dalam tangki baja memudahkan, penyerapan dan transportation zat2 micro nutrients oleh akar dan pokok. 

Effect ini disebabkan tindakan asid dapat mengawal serapan dan permiability cell membrane dengan pertolongan dari acid L - Glycine dan L - glutamate yang terkenal sebagai chelating agen yang sangat effective.

Amino Acid dan & phytohormones

Amino acid merupakan precussor atau aktivator dari phytohormones dan zat pertumbuhan. L - Metionine merupakan precussor dari ethylene dan faktor pertumbuhan seperti Espermine dan Espermidine, yang di synsthesized dari 5 - Adenosyl Metionine. L - Triptophane ( sebahagian dari AA) adalah precussor untuk sintesis Auksin. 

Triptophane tersedia hanya jika hidrolisis protein dilakukan oleh enzim.

Pendebungaan dan Pembentukan Buah.

Pendebungaan adalah perpindahan debunga ke bunga putik buah, sehingga terjadinya pembentukan buah . 

L – Proline ( komponen AA) membantu dalam kesuburan pollen. L - Lysine, L - Metionine, L - glutamate adalah komponen amino asid yang esential untuk pendebungaan. Amino asid meningkatkan kadar pembentukan debunga dan pembesaran kantung polen.

Keseimbangan Microbes Tanah

Keseimbangan microbe tanah pertanian merupakan asas yang baik untuk penguraian dan peroses mineralisation untuk menguraikan bahan organik dan juga structure tanah untuk melepaskan unsur baja pada pokok dalam bentuk yang mudah di serap. 

L-metionine salah satu komponen dari AA adalah faktor pertumbuhan precussor yang menstabilkan dinding sel microbes dalam proses penguraian.


PANDUAN MENANAM TERUNG

PANDUAN MENANAM TERUNG 

penanaman Di Ladang

1Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-9 in). 
2.Sediakan batas berukuran 1.2 m ( 48 in) lebar dan 22-30 cm (9-12 in) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan.
3.Jarak antara batas ialah 45 cm (18 in).
4.Gaulkan tahiayam reput ke dalam tanah sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi ( 500 kaki persegi).

Dalam Pasu atau Bekas

Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagianpasir. Isikan tanah campuran tersebut ke dalam pasu sehingga 5 cm (2 in) dari permukaan pasu.

MENYEDIA ANAK BENIH

1.Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm ( 18 in) panjang, 22 cm (9 in) lebar dan 10 cm (4 in) tinggi. 
2.Isikan kotak semaian dengan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau compos dan 1 bahagian pasir. 
3.Semai 3 g biji benih kedalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. 
4.Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm (2 in) dan 2 cm (1 in) antara benih. Siram denganpenyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. 
4.Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang,dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya. 

MENANAM 

Di Ladang
Anak benih yang berumur 3 hingga 4 minggu boleh di ubah terus ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang di gali. Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus kebatas. Jarak tanaman ialah 90 cm (36 in) antara pokok dan 60 cm antara baris

.Dalam Pasu atau Bekas
 Tanam terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2-5 cm ( 1 in). Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam. 

PENJAGAAN
MenyiramSiram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan. 

Membaja 
Di Ladang
Tabur baja NPK 12:12:17:2 di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 g sepokok setiap dua minggu. 
Dalam Pasu atau Bekas
Tabur 1 sudu teh atu 5 g baja NPK 12:12:17:2 sepasu di keliling pokok setiap minggu. 

Sungkupan 
Di Ladang
Gunakan kepingan plastik atau rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.

Dalam Pasu atau Bekas
Gunakan rumput-rumput kerung atau sabut kelapa.

Merumput
Bersihkan batas-batas daripada rumput rumpai dengan menggunakan tangan, cangkul atau tajak.

Menyedia Sokongan
Di Ladang
Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1 ½ meter ( 5 kaki) dipacak berdekatan tiap-tiap pokok. Dahan-dahan pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah.

Dalam Pasu atau Bekas
Cara sokongan yang di amalkan adalah sama dengan sokongan yang dibuat di ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1.2 m ( 4 kaki ) panjang.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
1.Sembur racum serangga carbaryl (Sevin pada kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air ) untuk mengawal ulat lipas daun,
2. kumbang daun dan pengorek buah.Gunakan racun kulat maneb ( seperti Megamaneb pada kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air) untuk mengawal penyakit reput buah dan racun kulat benomyl ( seperti Benlate pada kadar 1 sudu teh atau 3 g segelen air) untuk mengawal bintik daun.

MEMUNGUT HASIL
Di Ladang
Mulalah memetik buah 6 minggu selepas mengubah. Pungutan hasil dibuat setiap 4 hari. Anggaran hasil ialah sebanyak 75 – 125 kg bagi 50 meter persegi. Denagn harga purata 60 sen sekilo, pendapatan kasar adalah RM 45 –RM 75

.Dalam Pasu atau Bekas
Mulalah memetik buah 10 minggu selepas menanam. Anggaran hasil adalah 1 kg/pokok.

Jumaat, 29 Mac 2013

jualbarangpertanian.blogspot.com kini di facebook

jualbarangpertanian.blogspot.com kini di facebook

lihat:

 http://www.facebook.com/BerkebunSebagaiHobi?ref=hl

www.jualbarangpertanian.com.my



Rabu, 20 Februari 2013

taman bergerak

Pernahkah anda melihat sebuah taman bunga yang boleh dibawa ke mana-mana? Pelik bukan? Seorang lelaki bertindak kreatif menghasilkan sebuah mini lanskap yang menarik.






sila klik :

Isnin, 18 Februari 2013

pertanian secara hidroponik 2


HIDROPONIK TAKUNG BAGI SAYUR-SAYUR, BUAH DAN BUNGA


Penanaman secara hidroponik ialah satu kaedah menanam tanpa menggunakan tanah. Selain daripada sayur jenis berdaun, sayur jenis buah dan pokok bunga boleh ditanam secara hidroponik. Kaedah ini memerlukan larutan zat makanan di dalam takungan yang berisi air. Kesuburan pokok dan hasil yang berkualiti bergantung kepada baja yang digunakan, benih yang elok dan juga cahaya matahari yang cukup.
Kaedah penyediaan dan peralatan yang diperlukan:
Takung Hidroponik

Takung hidroponik hendaklah tidak telus cahaya, tidak serap panas dan tidak berkarat. Disyorkan supaya digunakan takung plastik berukuran 15 cm tinggi, 52 cm panjang dan 26 cm lebar yang dilengkapkan dengan penutup polistirena yang berlubang serta bakul-bakul semaian.
Penutup Takung/ Penutup Polisterin
Penutup takung diperlukan untuk melindungi larutan baja dari terkena sinaran matahari serta kemasukan air hujan yang akan mencairkan larutan baja. Bahan yang sesuai sebagai penutup adalah kertas tebal, plastik atau polistirena. Penutup hendaklah mempunyai lubang-lubang yang dibuat khas untuk meletakkan bakul semaian. Jarak lubang adalah bergantung kepada jenis tanaman.
Bakul Semaian

Plastik kecil yang berlubang diletak pada lubang-lubang di penutup takung. Benang atau perca-perca kain dari jenis yang boleh menyerap air diletakkan di dalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih. Juntaikan perca kain atau benang tersebut melalui lubang-lubang dinding bakul sumbu supaya dapat meresap larutan air baja.
Penyediaan Larutan Baja Hidroponik

Gunakan baja hidroponik komersil dengan kadar yang disyorkan pada label. Baja ini boleh dibeli dari kedai-kedai pembekal baja swasta tertentu. Air paip atau air tangki yang digunakan untuk penyediaan larutan baja hendaklah yang telah lama tersimpan kerana ianya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh digunakan.

Menyemai
Semai sebanyak 2-4 biji benih ke dalam satu bakul semaian. Tinggalkan kepada 1-2 pokok sebakul seminggu selepas benih bercambah. Elakkan benih dari terendam dalam larutan.
Penjagaan

Letakkan alat hidroponik di bahagian patio atau balkoni rumah yang terlindung dari hujan dan mendapat sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari. Pastikan takung terlindung dari air hujan. Kawalan serangga / penyakit boleh dibuat dengan membuang bahagian yang diserang atau menangkap perosak dengan tangan. Jika perlu semburkan dengan racun perosak tanaman. Elakkan semburan racun kimia sekurang-kurangnya satu minggu sebelum memungut hasil.
Perhatian
Pastikan ada ruang udara pada pangkal pokok dan permukaan air untuk pernafasan akar. Gunakan media dal larutan yang baru untuk setiap penanaman. Basuh dengan sempurna takung, penutup dan bakul media selepas setiap penanaman.
Kaedah ini adalah salah satu cara tanaman yang paling senang, murah dan juga mudah dilaksanakan. Semua golongan masyarakat yang berminat boleh mencuba dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Ia boleh dibuat sebagai hobi atau jika dibuat besar-besaran, sistem ini boleh memberi hasil yang lumayan kepada petani-petani dan juga suri rumah.
Sayur-sayuran yang ditanam dengan cara ini segar, bersih dan rasanya manis. Ia boleh juga dimakan segar kerana kurang penggunaan racun. Selain dari sayur-sayuran kaedah ini juga boleh digunakan untuk menanam bunga-bungaan. Bunga-bungaan dan sayur-sayuran yang dihasilkan didapati berkualiti dan bermutu tinggi.


pertanian secara hidroponik

Pertanian secara hidroponik


Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkanakar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.
Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negaraSingapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choysawikailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.

Sejarah

Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. Taman Tergantung Babylon dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil.

Penyelidik NASA memeriksa bawang hidroponik dengan salad Bibb di kirinya dan lobak di kanan


Gambarajah Hidrponik Kaedah Dutch Bucket

hidroponik dikenali juga dengan nama hidrokultur

APA ITU HIDROKULTUR?
Hidrokultur (kadang-kala dipanggil budidaya hidroponik atau budaya kultur) ia adalah sistem penanaman tanpa menggunakan tanah tetapi membolehkan pokok tanaman hidup di dalam air. Ianya biasanya digunakan untuk tanaman di dalam rumah atau di pejabat. Hidrokultur amat mudahn dijaga berbanding dengan tanaman yang ditanam di atas tanah. Pada masa yang sama, ianya memberi jaminan kesihatan udara yang lebih baik di samping kecantikan di dalam kawasan tertutup. Ini adalah kerana penanaman hidrokultur memberi kelebihan kepada tumbesaran tanaman.
Perkataan hidrokultur adalah meliputi kepada hidroponik seperti yang diamalkan untuk tanaman hiasan yang lain. Di negara eropah, kaedah ini telah digunakan secara meluas. Ianya juga dikenali sebagai sistem hidroponik pasif. Tanaman tropika boleh membesar dengan baik dalam sistem ini termasuk juga tanaman yang lain. Dalam sistem hidrokultur, tanaman menunjukkan tumbesaran daripada air dan garam mineral yang terdapat dalam air sebagai asas untuk tumbesaran.

MENGAPA HIDROKULTUR PENTING?

TAHUKAH ANDA?
Berdasarkan kajian NASA, Kebanyakkan bangunan sekarang menyumbang kepada sindrom bangunan sakit (sick building syndrome) 
Kajian yang dilakukan oleh NASA ini menunjukkan bahawa kebanyakkan bangunan sekarang ini menyumbang ke arah bangunan sakit yang disebabkan oleh pokok plastik, barangan elektrik, dan elektronik kerana ianya mengeluarkan bahan kimia seperti formaldehyde, carbon dioxide. Ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia.

DO YOU KNOW??
Tanaman hidrokultur meningkatkan kualiti udara di dalam rumah anda. Analisis yang dilakukan dari universiti dan NASA menunjukkan bahawa udara di dalam bilik 30 meter persegi boleh dibersihkan dengan 3-6 pokok hidrokultur sebagai pembersih udara semulajadi (1-2 pokok untuk bilik  bersaiz 100 kaki.





dapatkan rahsia tanaman hidroponik,klik:



jika ingin mencuba hidroponik sila klik:
sila klik :

idea kreatif dalam bidang pertanian


satu idea kreatif berkebun di indonesia. respect dengan mereka kerana seboleh-bolehnya memaksimumkan penggunaan ruang dan tanah.susah nak carik tanah terbiar,kosong tak tanam apa2 di indonesia. ini semua adalah teknologi kreatif. tak perlu kos tinggi.

sayur dulu sayur sekarang


sayur dulu lebih berkhasiat berbanding sayur sekarang. mungkin kita boleh guna istilah sayur dulu dgn sayur moden. sayur dulu mungkin lebih bersifat organik,takder penggunaan racun kimia berlebihan berbanding sekarang. sayur zaman sekarang,walau namanya sayur tapi kurang khasiatnya. entahlah..

kalau boleh kurangkan penggunaan racun kimia. gunakan baja organik,tanah kompos dan penghalau serangga yang bersifat organik.




CARA MEMBUAT BAJA KOMPOS

CARA MEMBUAT BAJA KOMPOS

Pelbagai jenis sisa bahan makanan seperti sayur, beras,roti di kumpulkan.
1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan sisa bahan makanan apabila digaul.
Sejemput Kapur – iaitu Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
Sebotol minuman Yakult


Nota:

Jika Di Pasar ada banyak daun sayur yang masih hijau dibuang, boleh diambil dengan percuma. Daun kering dan rumput yang di potong juga boleh digunakan.
Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bakteria bertindak cepat meleraikan bahan-bahan organan (nutrients) yang terdapat dalam daun-daun yangdiperam/jeruk itu supaya menjadi air baja. Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada sahaja.
Calcium Carbonate atau serbuk kapur yang digunakan untuk memplaster batu-bata dinding rumah. Kapur sirih juga boleh digunakan.
Tong takungan pemeraman hendaklah diletak di tempat yang tidak terkena terus cahaya mata hari kerana kesan kepanasan cahaya mata hari boleh mematikan bakteria. Peranan bakteria ialah sebagai pelerai organan dari bahan sisa yang dijeruk-peram. Lebih banyak bakteria hidup berada dalam bahan yang diperam itu akan lebih berkualiti baja itu.



Cara Memproses:

Semua sisa makanan yang dikumpul dicincang dan digaulkan kemudian di masukkan ke dalam satu tong takungan.
Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan bahan yang dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
Gaulkan adunan dengan sedikit (sejemput) kapur – Kalsium Karbonat .
Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.
Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
Jika anda inginkan organik anda kering, campurkan ianya dengan tanah biasa sebelum digunakan untuk pembajaan.



Nota:
Proses kompos akan berlaku lebih cepat jika di lakuakan pada musim panas. Mengikut pengalaman saya proses akan mengambil masa 7 hari sahaja pada musim panas. Produk kompos yang terhasil dengan sempurna akan kelihatan seperti tanah gembur kehitaman dan berbau segar. Sepanjang proses jeruk-peram, ia akan mengeluarkan sedikit bau yang kurang menyenangkan, dari itu kita perlu sentiasa menutup kemas tong takungan dan sekali-sekala kita perlu mengaulkan bahan tersebut mengunakan skop atau sudip bagi mesebatikan adunan bagi menghasilkan produk kompos yang berkualiti.

Setelah baja kompos yang terhasil anda gunakan pada tanaman. Anda pasti akan berpuas hati pada produk tanaman anda dari segi saiz dan kualitinya. Sebab itulah para petani mengelarkannya ‘Emas Hitam’



sila klik :

buat baja organik sendiri.


salah satu kaedah untuk membuat baja organik sendiri:

1.Sediakan Tong sampah berpenutup
2.Masukan 20% tanah dalam tong tersebut
3.Masukan air dalam tong sersebut melebihi paras tanah tadi
4.Masukan sisa makanan (nasi,batang sayuran, dll) dan tutup tong tadi
5.Peram bahan-bahan tadi sehingga 14 hari
6.Masukan sebotol Yakult
7.Masukan juga Yis (serbuk penaik pon boleh)
8.Peram semula dan tunggu 7 hari

selepas 7 hari peraman tersebut akan menghasilkan cecair. tercair tersebut banyak mengandungi bahan organik. Tuan Puan boleh mengunakan cecair ini untuk membaja, samada mencampurkan cecair ini dengan air biasa atau terus ke pokok. tetapi sebaiknye mencampurkan sedikit air biasa. sebanyak mana pun cecair ini dugunakan ia adalah selamat.

info rahsia lihat di:


SISTEM FERTIGASI

SISTEM FERTIGASI
Sistem Fertigasi

Pada masa kini teknologi pertanian terus berubah. Hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan, mengelak serangan musuh perosak dan kos buruh dapat dikurangkan. Sistem fertigasi ialah stu kaedah pemberian larutan baja kepada zon akar yang diperlukan oleh pokok secara berkesan, tanpa pembaziran dan pencemaran alam sekitar.

Sistem fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili, sayur, strawberi dan pokok hiasan. Umumnya, tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi di pasaran. Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah.
Sistem Fertigasi ialah satu kaedah pemberian larutan baja kepada zon akar yangdiperlukan oleh pokok secara berkesan tanpa pencemaran alam sekitar dan pembaziran.

Antara kelebihan Sistem Fertigasi ialah pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan jarring kalis serangga. Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah. Beberapa cara digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat dan sekam padi.

Kerajaan telah menguar-uarkan tentang aspek memperkasakan pertanian baru. Ia bukan sahaja merangkumi aspek pertanian komersial dan bioteknologi, malah turut menekankan aspek pertanian sebagai satu perniagaan. Transformasi ini memerlukan pembudayaan keusahawanan dalam pertanian supaya dapat melahirkan satu generasi usahawan bagi menerajui usaha merevolusikan bidang pengeluaran makanan dalam sektor pertanian.

Kerajaan sentiasa berusaha mencari inisiatif baru dalam membangunkan sektor pertanian dan industri berasaskan tani demi memastikan pembangunan bidang terbabit seiring arus transformasinya. Justeru, pembangunan infrastruktur pertanian juga diberi keutamaan bagi memastikan pengusaha dapat memaksimumkan hasil yang diperoleh dan bergerak ke arah menjadi usahawan tani yang berjaya dan profesional.

Banyak program dan aktiviti dianjurkan bertujuan melahirkan Usahawan Tani supaya mereka menerajui perancangan untuk mengkomersialkan pengeluaran makanan di dalam sektor pertanian bagi menambah produktiviti dan daya saing dalam dunia perniagaan yang kian kompetitif dan global.

Kerajaan mahu supaya golongan petani membuat anjakan paradigma dan menanam dalam minda masing-masing bahawa sektor pertanian harus diuruskan sebagai satu entiti perniagaan. Sesungguhnya, masih belum terlambat untuk anda menceburkan diri dalam bidang yang dianggap satu kaedah menjana pendapatan lumayan. Jadi, apa tunggu lagi. Rebutlah peluang keemasan ini!




Photo: contoh mini fertigasi. ikut keluasan kawasan rumah kita. ada yang 10 polibeg,50 atau 100 polibeg.




sila klik :

tanaman hidroponik


Menanam Sayuran secara Hidroponik

Kaedah hidroponik merupakan satu kaedah penanaman tanpa tanah iaitu hanya menggunakan air sahaja. Air tersebut dilarut dengan nutrien dan mineral sebul disalurkan kepada tanaman.Terdapat empat teknik hidroponik iaitu :-

hidroponik takung
nutrien cetek
nutrien dalam
aeroponik.

Penanaman melalui hidroponik dapat memberi faedah-faedah berikut:-

-sesuai bagi kawasan tanahnya terhad.
-hasil tuaian lebih berkualiti
-jangkitan penyakit dan rumpai mudah dikawal
-diusahakan sepanjang masa
-tidak memerlukan kerja pembajakan tanah dan penyediaan batas
-bersifat mesra alam
-Sayuran yang sesuai ditanam melalui kaedah ini adalah :-
-sayuran jenis berdaun – contohnya sawi. bayam, kailan dan kubis
-sayuran jenis buah – contohnya tomato, timun, terung, dan cili
-tanaman jenis ulam – contohnya pegaga, pudina, dan ulam raja







Rm 70.00
bayar sekali pakai banyak kali




sila klik :


plant ring support


sistem sokongan untuk pokok yang menjalar,boleh diletakkan di dalam pasu atau di taman anda. sesuai untuk pokok menjalar,atau untuk pokok bunga anda.

sistem sokongan yang membentuk pokok









Photo: sistem sokongan untuk pokok yang menjalar,boleh diletakkan di dalam pasu atau di taman anda. sesuai untuk pokok menjalar,atau untuk pokok bunga anda.