Sabtu, 3 Mei 2014

Idea berkebun yang kreatif

tire garden

1 . Berkebun menggunakan tayar terpakai.

Tayar mudah didapati. Anda boleh pergi ke kedai tayar dan tanyakan jika ada tayar terpakai. ada sesetengah kedai yang menjual dengan harga 50 sen sebiji atau ada juga kedai yang tak kisah dan beri secara percuma tayar tersebut. Tayar ini digunakan sebagai pasu dan tanah akan di isi kedalam tayar.



Square foot gardening method

2. Berkebun kaki persegi 

Kaedah Berkebun kaki persegi  boleh dimulakan dengan hanya menggunakan bingkai dan beberapa pembahagi dengan dibahagikan kepada ruang yang lebih kecil, masing-masing berukuran 1 kaki dengan 1 kaki. 

kaedah berkebun ini  memberi tumpuan kepada bilangan biji benih yang boleh ditanam di dalam setiap kotak. kaedah ini popular di negara barat yang tidak mempunyai cukup tanah untuk bercucuk tanam. 




Keyhole garden




3 . keyhole garden.

Idea berkebun berbentuk bulat dan disusun batu-bata sebagai penghadang dan diisi dengan tanah . Di tengah-tengah taman ini diletakkan jaring yang akan diisi dengan sisa-sisa kompos atau sisa dapur yang berfungsi sebagai baja organik dan kompos. Tanaman yang ditanam dikawasan yang telah ditetapkan akan menyerap sisa organik dari jaring tersebut.




topsoil garden



















4 .Tanam terus dari beg tanah.

Kaedah ini harus tidak bererti akan dianggap sebagai cara yang malas. Ia adalah cara yang bijak! Beg tanah berkebun boleh disesuaikan dengan jumlah ruang yang anda ada. 
biasanya beg tanaman yang dibeli memang sudah sesuai dan mempunyai unsur baja.

Anda juga boleh memulakan taman tanah-beg berhampiran kawasan  yang mendapat cahaya matahari penuh.


































5. tanam tergantung secara terbalik

menggunakan kaedah tanam secara terbalik di mana pokok diletakkan di bawah. anak pokok yang telah bercambah dipindah kan ke dalam bekas dan bekas tanaman tadi di isikan dengan tanah. bekas tadi digantung tinggi supaya senang untuk mengutip hasilnya. contoh pokok tomato.