Selasa, 6 Mei 2014

POKOK LIDAH MENTUA – lidah jin

Anda mungkin pernah melihat pokok lidah mentua atau dalam bahasa inggeris disebut mother in law’s tongue ditanam di sekeliling rumah atau di taman-taman. Nama saintifiknya (sansevieria spp) atau dikenali juga dengan nama pokok lidah jin, lidah hantu, lidah ular tergulung dalam genus Dracaena. Terdapat lebih 70 jenis species dengan mempamerkan daun yang pelbagai corak berbentuk pedang dengan bermuncung tirus.

Pokok ini sangat mudah ditanam dan tahan lasak serta tidak memerlukan cahaya yang banyak, boleh juga ditanam sebagai tanaman hiasan dalaman (in-door). Tidak memerlukan air yang banyak kerana akarnya mudah reput.

Kebiasaan pokok ini ditanam sebagai penghias rumah, namun kegunaan perubatan pada tumbuhan ini sangat menakjubkan. Ini termasuk rawatan untuk sakit perut, sakit telinga, cirit birit dan buasir (hemorrhoids).

Antara lain kegunaannya untuk mengubati flu, batuk, radang (bronchitis), bengkak akibat terseliuh, bisul dan penyubur rambut. Tumbuhan ini bersifat sejuk, berkhasiat antibiotic dan masam rasanya. Ini kerana daunnya yang kaya dengan abamagenin, kardenolin, saponin dan polifenol.

Kajian yang telah dibuat oleh pusat penyelidikan tempatan mengakui bahawa pokok lidah mentua mampu menjadi kologen kepada kesihatan kulit.

Pokok lidah mentua juga bertindak sebagai pembersih udara yang baik dengan membuang toksik seperti formaldehid, xilen dan toluene dari udara sehinggakan ia juga digelar sebagai penawar sindrom bangunan sakit. Pokok ini juga menghasilkan oksigen diwaktu malam, menjadikannya sesuai ditanam dalam bilik tidur.

Photo: POKOK LIDAH MENTUA – lidah jin
(Idris bald)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan