Sabtu, 3 Mei 2014

Bagaimana Tukarkan idea Pallet ke dalam Taman



Post image for How to Turn a Pallet into a Garden


1 . Perkara pertama yang perlu anda  lakukan ialah mencari palet. Palet ini biasanya boleh didapati di kedai-kedai cina atau kedai hardware. Biasanya palet yang biasa saya jumpa untuk lapik batu-bata. Sebab tu biasa nampak di hardware.

Kalau boleh pilih lah elok sikit rupanya. Tak berbau dan rosak.

Permukaan palet yang kasar boleh lah di gosok dengan kertas pasir supaya licin dan tiada permukaan yang boleh menyebabkan selumbar. Kalau ada pelet yang longgar, bolehlah dipakukan supaya kukuh sikit.




2. Stapler bahagian belakang palet dengan kain yang tebal atau plastik guni supaya tanah tidak terkeluar ( boleh juga gunakan paku tekan.) Tutup juga di bahagian tepi dan bawah palet.

Untuk tutup bahagian palet ni anda boleh juga gunakan kreativiti. Mungkin anda boleh tutup dengan menggunakan papan plywood atau zink. Terpulang pada anda mana yang mudah. Gambar sekadar contoh.




3 . Lepas itu terbalik kan palet tadi dengan bahagian yang telah ditutup atau di stapler tadi di bawah. Di bahagian lubang atas letakkan pokok bunga atau pokok hiasan yang anda telah pilih. Lebih elok letakkan pokok bunga yang renek atau rendah.





4 . Masukkan tanah yang sesuai kedalam lubang-lubang palet tadi dan penuhkan keseluruhan ruang dalam palet.





5. Penuhkan lubang-lubang antara palet tadi dengan pokok bunga atau pokok hiasan yang telah anda pilih. Kalau boleh padatkan ruang yang ada supaya tanah didalam palet tidak jatuh.

6. Siram pokok pada palet tadi untuk tempoh 2-3 minggu. Bila akar dah mula berkembang atau kuat didalam palet tadi, Palet tadi bolehlah ditegakkan dan susun palet di tepi dinding.



Burpee Home Gardens modified vertical pallet garden with feet!



Siap.. selamat mencuba.

Artikel asal :

http://lifeonthebalcony.com/how-to-turn-a-pallet-into-a-garden