Selasa, 6 Mei 2014

HERBA - POKOK JARUM TUJUH BILAH

Jarum Tujuh Bilah (Pereskia sacharosa/saecnarosa) merupakan sejenis pokok yang berasal dari Malaysia dan beberapa negara ASEAN lain. Dikenali juga dengan nama tujuh jarum, pokok kanser atau Chat Sim Chan dari keluarga Cactaceae. Pokok Tujuh Bilah merupakan satu-satunya tumbuhan dari keluarga kaktus yang mempunyai daun sebenar dan merupakan tumbuhan yang lasak dan boleh mengadaptasikan dirinya dalam hampir semua iklim.

Pokok Jarum Tujuh Bilah mudah dibiakkan dengan kaedah cantas dan cucuk atau boleh juga menggunakan biji benih. Terdapat tujuh batang duri tajam seperti jarum disepanjang batangnya, maka itu ia dinamakan jarum tujuh bilah. Ia sesuai ditanam dalam iklim tropika dengan memerlukan cahaya matahari yang terang serta pengairan yang baik. Daunnya rangup dan boleh dimakan segar sebagai ulam atau salad, namun daunnya juga mudah gugur jika kekurangan air.

Daun jarum tujuh bilah dikatakan boleh mengubati penyakit gaot, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang serta dikatakan juga berupaya mengubati penyakit kanser. Selain dari itu pucuknya boleh melegakan sakit kepala, pening kepala, lenguh-lenguh serta dapat menyegarkan badan. Terdapat kandungan air, karbohidrat, serat, gula, alkaloid, protein, kalaium dan vitamin dalam daun Jarum Tujuh Bilah




Photo: HERBA - POKOK JARUM TUJUH BILAH 
(idris bald)

Jarum Tujuh Bilah (Pereskia sacharosa/saecnarosa) merupakan sejenis pokok yang berasal dari Malaysia dan beberapa negara ASEAN lain. Dikenali juga dengan nama tujuh jarum, pokok kanser atau Chat Sim Chan dari keluarga Cactaceae. Pokok Tujuh Bilah merupakan satu-satunya tumbuhan dari keluarga kaktus yang mempunyai daun sebenar dan merupakan tumbuhan yang lasak dan boleh mengadaptasikan dirinya dalam hampir semua iklim. 

Pokok Jarum Tujuh Bilah mudah dibiakkan dengan kaedah cantas dan cucuk atau boleh juga menggunakan biji benih. Terdapat tujuh batang duri tajam seperti jarum disepanjang batangnya, maka itu ia dinamakan jarum tujuh bilah. Ia sesuai ditanam dalam iklim tropika dengan memerlukan cahaya matahari yang terang serta pengairan yang baik. Daunnya rangup dan boleh dimakan segar sebagai ulam atau salad, namun daunnya juga mudah gugur jika kekurangan air. 

Daun jarum tujuh bilah dikatakan boleh mengubati penyakit gaot, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang serta dikatakan juga berupaya mengubati penyakit kanser. Selain dari itu pucuknya boleh melegakan sakit kepala, pening kepala, lenguh-lenguh serta dapat menyegarkan badan. Terdapat kandungan air, karbohidrat, serat, gula, alkaloid, protein, kalaium dan vitamin dalam daun Jarum Tujuh Bilah.