Selasa, 12 April 2016

10 IDEA CONTAINER GARDEN DENGAN BARANGAN KITAR SEMULA IKEA



Bukan hanya pasu sahaja DI IKEA yang boleh anda gunakan sebagai container garden. Malah kalau anda lebih kreatif banyak lagi barang-barang dari IKEA mampu menarik kan lagi container garden anda. 

Jadi mulai hari ini kalau ada aksesori yang anda beli dari iKEA yang mungkin rasa tidak sesuai lagi di letakkan dalam rumah mungkin boleh di kitar semula di jadikan sebagai bekas tanaman. Jom lihat idea-idea ini anda pasti akan teruja.































CARA PALING MUDAH MENANAM POKOK CILI




Ini memang cara yang sangat mudah dan rugi jugalah kalau anda tidak mencubanya. Bukan itu sahaja dengan menggunakan kaedah ini anda juga boleh mendapat banyak pokok cili. Jom kita lihat langkah-langkahnya.



1. Pertama sekali ambil dua biji cili padi. ( Terpulang pada jenis cili yang anda nak guna). Kami guna cili padi sebab stok di rumah memang suka guna cili padi buat nasi goreng.




2. Potong cili padi di bahagian tengah. Lepas tu anda nampak biji cili di dalamnya kan?



3. Ambil biji cili ini dan taburkan di dalam pasu. Setelah dua minggu benihnya akan bercambah. Lepas anak pokok dah besar sikit lebih kurang 3 minggu, bolehlah pindahkan ke pasu lain. Sebaiknya satu anak pokok satu pasu. Mudah kan?






SUMBER : http://www.impiana.my/

Menghilangkan kulit gatal dan ruam ketika berkebun


anda mungkin pernah mengalami masalah kulit beruam kesan daripada aktiviti berkebunharian anda. kulit anda mungkin sensitif pada tumbuhan beracun tertentu sama ada dari unsur yang diketahui atau tidak.

cara paling mudah ialah dengan menggunakan bahan yang mudah diperolehi di rumah anda sendiri. anda boleh cuba merawat masalah ruam tersebut dengan menggunakan madu,oatmeal dan aloe vera.




Madu, Oatmeal, Aloe Vera. Ketiga-tiga mempunyai ciri-ciri anti radang dan boleh menjadi bahan rawatan yang pertama dalam kes anda yang dijangkiti ruam. 

1. rawatan menggunakan oatmeal. ambil sukatan 3 cawan oatmeal dan kisar menjadi halus dengan menggunakan pengisar. letakkan oatmeal yang telah dikisar tadi dan masukkan kedalam kain dan tuamkan bersama air suam. letakkan oatmel yang dikisar tadi pada kulit yang terkena ruam. Ia akan mengurangkan keradangan. 


2. Madu. Anda tahu manfaat keseluruhan madu. Sapukan pada kulit anda yang terkena ruam. antibakteria penyembuhan dan sifat antiinflammatory akan membantu anda mengurangkan ruam dan mencegah jangkitan mungkin. 

3. Aloe Vera membantu mengurangkan gatal-gatal, alahan, luka kerana ejen menenangkan. Sapukan aloevera pada bahagian yang terkena ruam tanpa perlu dipotong, 

selamat mencuba

Pokok lada hitam | Piper nigrum





Pokok lada hitam atau nama saintifiknya Piper nigrum dari keluarga Piperaceae boleh hidup subur di kawasan beriklim tropika yang panas dan lembab. Lazimnya lada hitam ditanam untuk pengeluaran buahnya yang dikeringkan untuk dijadikan sebagai rempah dan perisa masakan.

Lada hitam ditanam secara meluas di Selatan India dan dikatakan berasal dari negara tersebut. Pada masa ini, Vietnam merupakan pengeluar dan pengeksport terbesar lada hitam dunia.






Di Malaysia, Sarawak memang diketahui sebagai pengeluar lada hitam, selain itu, Johor juga diketahui sebagai pengeluar lada hitam di Semenanjung. Tetapi tahukah anda selain kedua negeri ini, Kedah telah mula menanam lada hitam.


Cuaca yang lembab dan panas di daerah Sik, Kedah di dapati sesuai untuk penanaman lada hitam. Dengan kajian serta teknologi penanaman yang baik, penanaman lada hitam di daerah ini boleh dikembangkan bagi menambah pendapatan kepada pekebun kecil serta penduduk setempat.

Pokok lada hitam dibiakkan menggunakan keratan atau melalui biji benih, namun jarang dipraktikan. Penanaman pokok lada hitam memerlukan tiang sokongan kerana sistem akar adventitius yang terbentuk pada bahagian buku keratan batang akan membantu pucuk melekat pada tiang sokongan.

Buah dari pokok lada hitam yang disebut sebagi beri, merupakan rempah yang penting dalam sejarah tamadun manusia. Rempah lada hitam ini yang asalnya berwarna hijau dan berkeadaan lembut di peringkat awal pembentukan.

Ia bertukar ke warna hijau tua dan menjadi keras apabila matang. Kulit luar (eksokarpa) berwarna kuning dan merah cerah dan menjadi lembut apabila masak. Setiap beri lada mengandungi biji tunggal yang diselaputi isi buah (mesokarpa). Lada hitam terdiri daripada keseluruhan beri yang telah dikeringkan manakala lada putih adalah biji lada.

Rasa pedas buah lada adalah disebabkan oleh kehadiran alkaloid piperine, chavisine dan piperettine manakala minyak pati menghasilkan aroma lada. Kedua-dua sebatian tersebut membentuk oleoresin yang dapat diperolehi melalui proses ekstraksi pelarut. Kepedasan lada juga dipengaruhi oleh varieti dan persekitaran penanaman lada.

Selain kegunaannya sebagai rempah dan perisa dalam makanan, lada hitam juga berkhasiat dan banyak manfaat bagi kesihatan. Diantaranya lada hitam boleh membantu mencegah kanser, membantu mencegah gangguan pencernaan, cirit birit, sembelit dan perut kembung. Ianya juga boleh membantu mengatasi hidung tersumbat dan meredakan batuk.

The Journal of Food and Chemical Toxicology melaporkan bahawa piperin dalam lada hitam dapat meningkatkan fungsi kognitif otak, serta membantu mengalahkan kemurungan. Didapati juga bahawa lada hitam yang dimakan secara teratur akan membantu fungsi otak dengan lebih baik. Menambah lada hitam pada makanan sehari-hari, atau dimakan sebagai rempah pada salad atau dalam bentuk apapun boleh membantu membuat lebih pintar dan tak mudah kemurungan.

Oleh itu, adalah suatu keuntungan bagi kesihatan anda, jika anda menyukai aroma lada hitam yang kuat pada makanan anda.

Rujukan Wikipedia Bebas

KUMBANG MERAH PALMA (Rhynchophorus ferrugineus) | Mengancam Tanaman Kelapa & Sawit Negara!

KUMBANG MERAH PALMA (Rhynchophorus ferrugineus) – Mengancam Tanaman Kelapa & Sawit Negara!





KUMBANG MERAH PALMA (Rhynchophorus ferrugineus) 



Kumbang Merah Palma atau lebih dikenali sebagai Red Palm Weevil (RPW) adalah sejenis perosak tanaman yang serius dan berbahaya. Ia tergolong dalam order Coleoptera dan family Curculionidae. Kini, ia didapati menyerang tanaman kelapa dan berpotensi merebak serta boleh mengancam tanaman sawit yang menyumbang sebanyak RM50 billion per tahun kepada ekonomi negara. Perosak ini juga dijumpai pada tanaman salak, sagu, kurma dan pokok-pokok hiasan jenis palma yang juga merupakan perumah kepada perosak ini.


Kumbang Merah Palma membiak di dalam pokok seperti di pelepah, batang dan pucuk. Kumbang betina akan bertelur pada umbut pokok, pangkal pelepah atau pada luka-luka yang terdapat pada pokok. Ia menghasilkan lebih kurang 250 telur pada satu-satu masa. Larva yang menetas akan mengorek ke dalam batang sambil memakan tisu pokok. Lama-kelamaan pokok akan mati. Serangan akan cepat merebak ke pokok-pokok lain yang berdekatan dalam keadaan populasi perosak yang tinggi.







Jika anda terjumpa Kumbang ini, segeralah melaporkannya ke Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan anda agar populasinya dapat dikawal dan mengurangkan kerosakan tanaman palma dan sekaligus dapat menyelamatkan industri kelapa negara kita.



SUMBER : JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

Oleh : Yunif Ibrahim Ahmad
Foto : Mohd Fadzlee Borhan

BUAH GAC | Mampu mengurangi serangan jantung.



Buah Gac atau gac fruit atau dalam bahasa saintifiknya Momordica cochinchinensis dari famili Cucurbitaceae merupakan buah yang boleh didapati di rantau Asia Tenggara yang berasal dari Selatan China ke Timur Laut Australia, termasuk Thailand, Laos, Myanmar, Kemboja dan Vietnam.



Buah Gac atau gac fruit 


Buah gac banyak ditanam di Vietnam yang disebut sebagai ɣək atau terjemahkan Gac (terjemahan klas untuk objek bulat seperti buah-buahan). Ia dikenali sebagai mùbiēguǒ (tembikai merah) dalam bahasa Cina, manakala dalam bahasa Inggeris disebut spinny bitter gourd atau cochinchin gourd. Orang Thai memanggilnya fahk khao, taw thabu di Myanmar dan di Indonesia ianya dikenali sebagai pupia atau tepurang.

Pokok buah gac mempunyai musim yang pendek dan hanya mengeluarkan buah sekali setahun sekitar bulan Disember dan Januari, menyebabkan kurangnya kelihatan jika dibanding dengan buah-buahan lain. Gac biasanya dihidangkan di majlis-majlis upacara atau perayaan di Vietnam, seperti Tết (tahun baru Vietnam) dan majlis perkahwinan.

Biasanya disediakan sebagai hidangan yang dipanggil gac xôi, di mana aril dan biji buah dimasak bersama beras pulut. Kini buah gac telah mula popular dan dipasarkan di luar Asia dalam bentuk jus kerana kandungan fitonutrien yang tinggi.

Buah gac atau melon merah, tumbuh sebagai tumbuhan menjalar pada pagar atau pada trilis. Gac mengeluarkan buah berwarna hijau ketika muda dan berkukar warna oren gelap apabila matang, dan biasanya berbentuk bulat atau bujur dengan saiz antara 13 cm panjang dan 10 cm garis pusat. Kulit bahagian luarnya berduri kecil (bergerigi) manakala pulpa didalam berwarna merah gelap menutupi kelompok biji benih. Rasanya agak pahit seperti peria







Secara tradisinya, gac dimakan sebagai buah-buahan manakala daunnya dimasak untuk hidangan di Vietnam, gac juga digunakan untuk perubatan. Membrane biji benih dikatakan dapat membantu dalam melegakan dan menyejukan mata dan juga untuk menggalakkan kesihatan penglihatan. Begitu juga, dalam perubatan tradisional Cina, biji benih buah gac, yang dikenali dalam bahasa Mandarin sebagai mù Bie zǐ yang membawa maksud 'kayu penyu benih', digunakan untuk pelbagai tujuan dalaman dan luaran.

Buah gac mencapai µg 380/gram lycopene jika dibandingkan dengan buah tomato yang hanya mengandung µg 31/gram lycopene. Kandungan beta-karoten dan lycopene memberikan warna oren, jingga dan merah pada buah atau sayur. Pengambilan buah atau sayur yang mengandungi lycopene mampu memperbaiki kerosakan pembuluh darah, menekan pembentukan kolestrol, ketumpatan rendah (LDL – low density lipoprotein) dan mengurangkan risiko serangan jantung.




Sekumpulan penyelidik dari Universiti Cambridge England yang diketuai oleh Parag Gajendragadkar, mengukur tekanan darah, kelajuan aliran darah, kadar kalestrol baik atau high density lipoprotein (HDL) dan low density lipoprotein (LDL) menggunakan pelbagai parameter. Hasilnya pengambilan lycopene terbukti meningkat keanjalan saluran darah pesakit dan mengurangi serangan jantung sehingga 53%.

Oleh kerana kandungan yang tinggi beta-karotena dan lycopene, ekstrak gac mampu mendapat pasaran yang baik sebagai makanan tambahan dalam bentuk kapsul lembut atau jus minuman.

Sumber : Wikipedia, the free encyclopedia