Selasa, 14 April 2026

Tanam Sawi dengan mudah di dalam pasu atau bekas seperti polibeg, bekas plastik atau kotak tanaman.

Menanam sawi tidak semestinya memerlukan tanah yang luas. Sekiranya tiada kawasan tanah, sawi boleh ditanam dengan mudah di dalam pasu atau bekas seperti polibeg, bekas plastik atau kotak tanaman.

.
Dengan medium tanaman yang sesuai serta penjagaan asas, sawi mampu tumbuh subur dan boleh dituai dalam tempoh singkat.
.
Langkah pertama ialah menyediakan pasu atau bekas yang mempunyai lubang saliran bagi mengelakkan air bertakung.
.
Isikan medium tanaman seperti campuran tanah, kompos atau baja organik yang sesuai.
.
Benih sawi boleh ditabur secara rata di permukaan medium dan ditutup nipis dengan tanah halus.
.
Selepas 8 hingga 10 hari, lakukan penjarangan anak benih dengan jarak kira-kira 15 cm × 15 cm supaya pokok mempunyai ruang mencukupi untuk membesar.
.
Pembajaan perlu dilakukan secara berperingkat bagi memastikan nutrien mencukupi.
.
Baja organik boleh digunakan pada peringkat awal, diikuti baja NPK pada minggu kedua dan ketiga.
.
Siraman air perlu dilakukan secara konsisten kerana tanaman dalam pasu memerlukan kelembapan yang mencukupi.
.
Kawalan rumpai dan perosak juga penting bagi memastikan pertumbuhan sihat.
.
Sawi biasanya matang dalam tempoh 28 hingga 30 hari dan boleh dituai apabila daun mencapai saiz sesuai sebelum pokok berbunga.
.
Untuk langkah yang lebih jelas dan susunan amalan yang betul, rujuk infografik panduan menanam sawi yang disediakan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan