PENGENALAN
Kacang botor (Psophocarpus tetragonolobus D.C.) atau kacang kelisa adalah sejenis sayuran berbuah yang sangat kaya dengan protin dan lemak serta vitamin A dan B. Ianya dipercayai berasal dari Papua New Guinea dan Asia Tenggara.Pokok kacang botor tumbuh melilit dan memerlukan pancang/kayu junjung untuk memanjat. Ia selalu ditanam sebagai tanaman jangka pendek di kebun sayur atau di tepi-tepi pagar rumah.Buah potong berukuran 15-20 cm panjang dan mempunyai 4 sayap yang bergerigis. Biasanya buah digunakan dalam masakan dan juga dimakan mentah sebagai ulam.
TANAH
Kacang botor boleh ditanam di berbagai-bagai jenis tanah iaitu dari ringan berpasir hingga kepada tanah lempong sertatanah gambut. Elakkan dari menanam di kawasan yang bertakung air. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya danpH 5.5 – 6.0 adalah paling sesuai.
PENANAMAN
Menyedia kawasan Bajak dan gemburkan tanah sedalam 20-30 cm untuk memudahkan akar tumbuh dengan baik. Sediakan batas berukuran 1.3 m lebar, 30 cm tinggi dan panjangnya 7.5 m atau mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas adalah 30 cm.
Menanam
Kacang botor dibiakkan dengan biji benih. Biji benihnya boleh diambil dari buah-buah yang telah cukup tua yang berwarna perang kehitaman. Gaul biji benih dengan racun kulat, contohnya thiram dengan kadar 3 g bagi 100 g bijibenih sebelum menanam.
Biji benih boleh ditanam dengan jarak 50 cm antara pokok dan 1 m antara barisan ataupun 60 cm x 60 cm. Tiap-tiapbatas mengandungi dua barisan pokok. Tanam terus biji benih ke atas batas sebanyak dua biji selubang, lebih kurang2.5 cm dalam. Biji benih akan bercambah dalam masa 14 hari. Cabut dan tinggalkan hanya satu anak benih yang sihat pada setiap lubang. Untuk kawasan seluas 0.4 ha lebih kurang 7 kg biji benih diperlukan.
Menyedia Junjung
Untuk mendapatkan hasil yang baik kacang botor perlu diberi junjung. Sokong anak-anak tanaman denganmenggunakan kayu pancang berukuran 2 – 2.5 m panjang. Condongkan kayu-kayu sokongan yang bertentangansupaya bersilang dan ikat di bahagian atas tempat bertemu untuk mendapatkan sokongan yang kuat. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap tempat persilangan. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan. Cara inisesuai untuk kawasan penanaman yang kecil.
Satu cara lagi untuk menyokong pokok adalah dengan sistem trellis. Pacakkan sebatang kayu/tiang-tiang beruti yang berukuran lebih kurang 2.5 m panjang dan bergarispusat 8-10 cm di bahagian tengah kedua-dua hujung tiap-tiap batas. Pacakkan pula tiang kayu berukuran 0.6 m panjang dan 5-6 cm garispusat di hujung penjuru tiap-tiap batas. Sambungkang tiang-tiang kayu yang bertentangan antara kedua hujung batas dengan dawai kasar. Gunakan tali rafiauntuk membantu anak pokok memanjat junjung.
PENJAGAAN
Menyiram
Siram pokok 2 kali sehari iaitu pagi dan petang kerana anak pokok memerlukan air yang banyak untuk membesar.Membaja Pembajaan asas dengan baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput dan kompos sebanyak 7 tan metrik untuk0.4 hektar atau kira-kira 22.5 kg sebatas yang berukuran 1.3 m x 7.5 m adalah mencukupi. Baja ini digaulkan ke dalam tanah seminggu sebelum menanam.
Untuk baja tambahan gunakan baja kimia iaitu baja sebatian N:P2O5:K2O:MgO 12:12:17:2 + T.E. sebanyak lebih
kurang 1.5 kg sebatas atau 15-20 g/pokok ketika berumur 3, 5 dan 8 minggu. Ini memerlukan lebih kurang 450 kg bajauntuk 0.4 hektar. Baja boleh ditabur di keliling pokok sejarak 10 cm dari pangkalnya atau ditabur berjalur mengikutbarisan tanaman.Pembajaan berikutnya boleh dibuat selepas memungut hasil atau apabila kesuburan pokok kelihatan merosot.
Merumput
Rumpai perlu dikawal sepanjang masa bagi mengelakkan persaingan dengan pokok untuk mendapatkan zat makanan, cahaya matahari dan air. Kerja merumput biasanya dilakukan dengan tangan, cangkul atau tajak.
Mengikat Rafia
Apabila anak-anak pokok berumur 2 minggu, bolehlah mula mengikat tali rafia ke dawai junjung untuk membantu pokok memanjat. Ikatkan tali-tali rafia tersebut bersilang menghubungkan dawai bahagian bawah dengan dawaibahagian atas. Tentukan pokok meliliti tali-tali rafia tersebut.
MEMUNGUT HASIL
Hasil buah boleh dikutip 10-12 minggu selepas ditanam. Pilihlah buah yang hijau serta rapuh dan berukuran 15-20 cm panjang. Kutipan boleh dibuat setiap 2-3 hari sekali untuk mengelakkan daripada buah banyak menjadi tua. Buah yang tua akan bersabut dan tidak sedap dimakan. Pokok yang subur boleh menghasilkan 10 biji buah sepokok sekali petikselang dua hari.
Hasil purata buah yang boleh diperolehi dianggarkan antar 4,000 – 5,000 kg/0.4 ha. Buah-buah kacang botor ini selaluterdapat dijual di pasar-pasar dengan harga RM 1.00 seikat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan