Isnin, 18 Februari 2013

CARA MEMBUAT BAJA KOMPOS

CARA MEMBUAT BAJA KOMPOS

Pelbagai jenis sisa bahan makanan seperti sayur, beras,roti di kumpulkan.
1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan sisa bahan makanan apabila digaul.
Sejemput Kapur – iaitu Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
Sebotol minuman Yakult


Nota:

Jika Di Pasar ada banyak daun sayur yang masih hijau dibuang, boleh diambil dengan percuma. Daun kering dan rumput yang di potong juga boleh digunakan.
Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bakteria bertindak cepat meleraikan bahan-bahan organan (nutrients) yang terdapat dalam daun-daun yangdiperam/jeruk itu supaya menjadi air baja. Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada sahaja.
Calcium Carbonate atau serbuk kapur yang digunakan untuk memplaster batu-bata dinding rumah. Kapur sirih juga boleh digunakan.
Tong takungan pemeraman hendaklah diletak di tempat yang tidak terkena terus cahaya mata hari kerana kesan kepanasan cahaya mata hari boleh mematikan bakteria. Peranan bakteria ialah sebagai pelerai organan dari bahan sisa yang dijeruk-peram. Lebih banyak bakteria hidup berada dalam bahan yang diperam itu akan lebih berkualiti baja itu.



Cara Memproses:

Semua sisa makanan yang dikumpul dicincang dan digaulkan kemudian di masukkan ke dalam satu tong takungan.
Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan bahan yang dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
Gaulkan adunan dengan sedikit (sejemput) kapur – Kalsium Karbonat .
Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.
Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
Jika anda inginkan organik anda kering, campurkan ianya dengan tanah biasa sebelum digunakan untuk pembajaan.



Nota:
Proses kompos akan berlaku lebih cepat jika di lakuakan pada musim panas. Mengikut pengalaman saya proses akan mengambil masa 7 hari sahaja pada musim panas. Produk kompos yang terhasil dengan sempurna akan kelihatan seperti tanah gembur kehitaman dan berbau segar. Sepanjang proses jeruk-peram, ia akan mengeluarkan sedikit bau yang kurang menyenangkan, dari itu kita perlu sentiasa menutup kemas tong takungan dan sekali-sekala kita perlu mengaulkan bahan tersebut mengunakan skop atau sudip bagi mesebatikan adunan bagi menghasilkan produk kompos yang berkualiti.

Setelah baja kompos yang terhasil anda gunakan pada tanaman. Anda pasti akan berpuas hati pada produk tanaman anda dari segi saiz dan kualitinya. Sebab itulah para petani mengelarkannya ‘Emas Hitam’



sila klik :