Khamis, 27 Oktober 2016

BUAT BAJA DARI RUMPUT DAN KULIT TELUR







BUAT BAJA DARI RUMPUT DAN KULIT TELUR ?
-------------------------------------------------------------
Perkongsian dari FB : Liza Love Emran

Ini ada satu lagi baja yang tinggi kandungan nutrien untuk pertumbuhan sihat tanaman kita dan yang paling best sekali cuma menggunakan bahan terbuang. BAJA DARI RUMPUT!


BAJA CAIRAN RUMPUT ini kaya nitrogen, phosphorus, potassium, magnesium, boron, copper, manganese, sulfur, iron and silicon.

Baja ini sangat sesuai digunakan untuk pokok2 bunga atau sayur. Boleh disiram ke tanah atau digunakan sebagai baja foliar. Pastikan baja ini dicairkan sekurang2nya 10 kali ganda sebelum digunakan ya. 1 bahagian baja dicampur dengan 10 bahagian air.

Rumput yang selalu dicabut buang begitu saja ataupun pokok2 bunga lebihan terutamanya ros jepun amat kaya dengan nutrien dan mineral. Rugi lah kalau dibuang saja.

Bahan-bahannya:
----------------------

-rumput yang dicabut bersama akarnya
-sedikit kulit telur hancur
-kain kasa
-tali
-baldi bertutup

Cara-caranya:
-------------------

-masukkan rumput dan kulit telur ke dalam kain kasa.

- bunjutkan dan ikat kemas (bunjut jangan terlalu ketat/padat nanti susah air menyerap).

- masukkan kedalam baldi bersama air tanpa klorin (setiap cekak rumput + 1 jag/gayung air)

-tutup dan peram di luar rumah selama 2-4 minggu.
*jangan peram dalam rumah sebab berbau musyuk

-cairan baja boleh digunakan selepas 2 minggu. Cairkan 1 bhgn baja + 10 bhgn air. Kalau warna terlalu pekat tambah air lagi sebelum guna. Warna air bancuhan baja sepatutnya lebihkurang warna teh cair/nipis.

Sisa/hampas dari cairan baja ni (yang tertinggal dalam kain kasa tu) boleh ditambah ke dalam kompos. Baja cair juga boleh disiram pada kompos untuk menggalakkan proses pereputan bahan kompos.

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan