Isnin, 27 April 2015

Peralatan asas berkebun




Peralatan berkebun atau gardening tool merupakan antara perkara terpenting yang perlu anda ada jika ingin berkebun sendiri secara hobi atau pertanian komersial. peralatan-peralatan ini sebenarnya banyak membantu dan memudahkan tugas anda dalam aktiviti berkebun atau pertanian nanti.

peralatan-peralatan berkebun ini boleh didapati di kedai-kedai pertanian ataupun hardware dan pertukangan. untuk keguanaan seperti berkebun di halaman rumah dan untuk keluasan yang kecil,anda boleh sahaja menggunakan peralatan yang tidak terlalu mahal dan murah. cukup sekadar ia dapat membantu untuk memudahkan tugas anda secara santai.

berikut merupakan beberapa peralatan yang perlu anda miliki unuk hobi berkebun anda:


1. Cangkul


Cangkul merupakan peralatan yang terpenting dalam bidang pertanian atau berkebun sejak dari zaman dahulu lagi. kegunaan cangkul ini ialah untuk membuat batas tanaman dan juga lubang pada tanaman sebelum anak pokok dipindahkan ke tanah. Anda juga boleh membuat parit kecil supaya air tidak bertakung di kawasan kebun anda dan membuang rumput-rumput besar menggunakan cangkul tersebut.

cangkul juga boleh anda gunakan untuk menggembur tanah yang keras, memecahkan tanah,menggaul tanah yang telah dicampur dengan pasir,baja dan pelbagai lagi. 



2. Kereta sorong / wheel barrow


kereta sorong digunakan untuk memudahkan anda mengangkut barang-barang berat seperti pasu tanaman, tanah yang telah anda bersihkan, batu-batu yang berada di sekeliling kebun anda, dan pelbagai lagi. kereta sorong ini digunakan untuk memudahkan anda mengalih dan memindahkan barang dengan mudah dan cepat. 

anda juga boleh mengangkut baja atau anak pokok dengan mudah kerana bentuk kereta sorong yang mempunyai tayar dan pemegang di belakangnya tidak akan menyakitkan belakang anda.


3.  gunting pemangkas / scateur 


scateur atau gunting pemangkas ini digunakan unuk membuang ranting-ranting kayu yang kecil atau untuk mengemaskan pokok-pokok bunga di rumah anda. ada pokok-pokok bunga yang terlalu lebat cabangnya dan ini menjadikan pokok bunga anda kelihatan kurang menarik dan cantik dan anda akan menggunakan scateur ini supaya ia kelihatan kemas dan tidak mematahkan pokok bunga anda dengan sesuka hati.



4. sudip tangan / hand throwel


sudip tangan ini sesuai digunakan untuk menggembur tanah didalam pasu dan menggaulkan tanah campuran tanaman bersama baja di dalam pasu atau polibeg.