Khamis, 24 Oktober 2013

PANDUAN MENANAM TERUNG

PANDUAN MENANAM TERUNG 

penanaman Di Ladang

1Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-9 in). 
2.Sediakan batas berukuran 1.2 m ( 48 in) lebar dan 22-30 cm (9-12 in) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan.
3.Jarak antara batas ialah 45 cm (18 in).
4.Gaulkan tahiayam reput ke dalam tanah sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi ( 500 kaki persegi).

Dalam Pasu atau Bekas

Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagianpasir. Isikan tanah campuran tersebut ke dalam pasu sehingga 5 cm (2 in) dari permukaan pasu.

MENYEDIA ANAK BENIH

1.Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm ( 18 in) panjang, 22 cm (9 in) lebar dan 10 cm (4 in) tinggi. 
2.Isikan kotak semaian dengan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau compos dan 1 bahagian pasir. 
3.Semai 3 g biji benih kedalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. 
4.Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm (2 in) dan 2 cm (1 in) antara benih. Siram denganpenyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. 
4.Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang,dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya. 

MENANAM 

Di Ladang
Anak benih yang berumur 3 hingga 4 minggu boleh di ubah terus ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang di gali. Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus kebatas. Jarak tanaman ialah 90 cm (36 in) antara pokok dan 60 cm antara baris

.Dalam Pasu atau Bekas
 Tanam terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2-5 cm ( 1 in). Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam. 

PENJAGAAN
MenyiramSiram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan. 

Membaja 
Di Ladang
Tabur baja NPK 12:12:17:2 di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 g sepokok setiap dua minggu. 
Dalam Pasu atau Bekas
Tabur 1 sudu teh atu 5 g baja NPK 12:12:17:2 sepasu di keliling pokok setiap minggu. 

Sungkupan 
Di Ladang
Gunakan kepingan plastik atau rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.

Dalam Pasu atau Bekas
Gunakan rumput-rumput kerung atau sabut kelapa.

Merumput
Bersihkan batas-batas daripada rumput rumpai dengan menggunakan tangan, cangkul atau tajak.

Menyedia Sokongan
Di Ladang
Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1 ½ meter ( 5 kaki) dipacak berdekatan tiap-tiap pokok. Dahan-dahan pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah.

Dalam Pasu atau Bekas
Cara sokongan yang di amalkan adalah sama dengan sokongan yang dibuat di ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1.2 m ( 4 kaki ) panjang.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
1.Sembur racum serangga carbaryl (Sevin pada kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air ) untuk mengawal ulat lipas daun,
2. kumbang daun dan pengorek buah.Gunakan racun kulat maneb ( seperti Megamaneb pada kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air) untuk mengawal penyakit reput buah dan racun kulat benomyl ( seperti Benlate pada kadar 1 sudu teh atau 3 g segelen air) untuk mengawal bintik daun.

MEMUNGUT HASIL
Di Ladang
Mulalah memetik buah 6 minggu selepas mengubah. Pungutan hasil dibuat setiap 4 hari. Anggaran hasil ialah sebanyak 75 – 125 kg bagi 50 meter persegi. Denagn harga purata 60 sen sekilo, pendapatan kasar adalah RM 45 –RM 75

.Dalam Pasu atau Bekas
Mulalah memetik buah 10 minggu selepas menanam. Anggaran hasil adalah 1 kg/pokok.