Ahad, 15 Julai 2018

Jenis-jenis Anggur yang sesuai ditanam di Malaysia

JENIS-JENIS TANAMAN ANGGUR YANG SESUAI DI MALAYSIA



Tanaman anggur di Malaysia adalah masih baru dalam peringkat pembangunan dimana mula ditanam di Perlis. Penanaman anggur di Malaysia bermula sekitar tahun 1980’ an dan semakin meningkat hasilnya sehingga kini.



Ramai yang telah cuba menanam anggur secara kecil-kecilan dirumah dan pengeluaran anggur di Malaysia masih belum mencapai tahap komersial di pasaran. Secara umumnya  Anggur (Vitis spp) ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya.



Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika. Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman