Bahkan, sistem ini sangat memudahkan pengusaha kerana setiap titisan air yang diberikan pada pokok turut beserta dengan sejumlah kepekatan baja yang sesuai mengikut usia pokok.
Pertumbuhan adalah bergantung kepada gabungan nutrient-nutrient dalam kuantiti yang mencukupi. Terdapat 6 jenis unsur nutrient makro yang diperlukan dalam kuantiti yang tinggi, iaitu Nitrogen (N), Phosphorus (P), Potassium (K), Calcium (Ca), Magnesium (Mg) dan Sulfur (S). Antara 6 nutrient makro tersebut, N, P dan K diperlukan dalam kuantiti yang paling tinggi. Unsur-unsur mikro (atau dikenali trace elements) juga diperlukan oleh pertumbuhan dalam kuantiti yang rendah. Antaranya ialah Iron (Fe), Copper (Cu), Manganese (Mn), Zinc (Zn), Malybdnum (Mo), Boron (B) dan lain-lain lagi.
Unsur-unsur baja hanya boleh diserap oleh tumbuhan jika ia berada dalam bentuk “ion” (bentuk inorganik). Ion boleh difahamkan dengan satu atom atau sekumpulan atom yang telah menerima atau hilang satu atau lebih elektron, ia menyebabkan ion didatangkan dengan arus positif (+) dan negetaif (-).
Baja dari sumber-sumber organik (seperti tahi ayam, sekam padi, rumput laut dan sebagainya) biasanya hanya menpunyai unsur-unsur makro seperti nitrogen, phosphorus dan mungkin beberapa jenis unsur mikro dalam bentuk organik. Namun demikian, nutrient-nutrient organik tersebut hendaklah ditukarkan ke bentuk inorganik supaya ia boleh diserap oleh akar tumbuhan.
Pati Baja AB adalah larutan nutrien yang lengkap. Di dalam tanah, tumbuhan mencari mineral secara semulajadi, tetapi dalam hidroponik, kita perlu menyediakan semua 16 atau 17 unsur penting tersebut di dalam air.
Sebab itu ia diasingkan kepada dua bahagian (A dan B). Jika dicampurkan dalam keadaan pekat, Kalsium (A) dan Sulfat/Fosfat (B) akan bertindak balas secara kimia dan membentuk mendakan seperti kapur (kerak putih). Kalau ini terjadi, akar pokok tidak boleh menyerap khasiatnya.
Bahagian A (Fokus Utama: Kalsium & Zat Besi)
Biasanya mempunyai warna yang sedikit kemerahan atau coklat (disebabkan oleh zat besi).
Kalsium Nitrat: Unsur paling utama dalam botol A. Ia penting untuk kekuatan struktur sel tumbuhan, pertumbuhan pucuk, dan perkembangan akar.
Zat Besi (Iron/Fe-EDTA): Membantu proses fotosintesis dan memastikan daun pokok berwarna hijau gelap (tidak pucat).
Bahagian B (Fokus Utama: Makro & Mikro Nutrien Lain)
Biasanya jernih atau sedikit kebiruan/kehijauan.
Kalium Nitrat (Potassium): Penting untuk kualiti buah dan ketahanan pokok terhadap penyakit.
Magnesium Sulfat (Garam Epsom): Membantu pembentukan klorofil supaya pokok cekap memproses cahaya matahari.
Monokalium Fosfat: Penting untuk perkembangan bunga dan akar yang kuat.
Mikro Nutrien (Trace Elements): Walaupun diperlukan dalam jumlah yang sangat kecil, ia tetap wajib ada:
Mangan (Mn)
Zink (Zn)
Boron (B)
Kuprum (Cu)
Molibdenum (Mo)
NITROGEN - Komponen utama bagi protein, hormon, klorofil, vitamin dan enzim yang perlu untuk kehidupan tumbuh-tumbuhan. - Membantu pertumbuhan pokok dengan cepat, menambah penghasilan biji dan buah serta memperbaiki mutu daun dan tanaman untuk makanan ternakan.
FOSFORUS - Perlu untuk penuasan benih, fotosintesis, pembentukan protein dan hampir segala aspek pertumbuhan pokok dan metabolisme. - Membantu penyimpanan dan penukaran tenaga, pematangan tumbuh-tumbuhan yang sekata dan keseimbangan terhadap tekanan.
KALIUM - Membantu dalam pembentukan protein, fotosintesis dan penghasilan sel. - Membantu keseimbangan air, memperbaiki mutu buah dan pengurangan penyakit.
MAGNESIUM - Sebahagian daripada klorofil dan perlu untuk fotosintesis. - Menggiatkan banyak enzim tumbuh-tumbuhan yang diperlukan untuk pertumbuhan.
BESI - Perlu untuk pembentukan klorofil dan menambahkan fungsi enzim.
Kenapa terdapat dua bahagian atau komponen di dalam baja fertigasi yang menjadikan bahagian A dan bahagian B?
Kenapa tidak disatukan sahaja baja fertigasi ini menjadi satu bahagian sahaja?
Supaya tidak menyusahkan para pengusaha dan petani.
Begini jawapannya.
Di dalam baja fertigasi terdapat Calcium Nitrate dan Magnesium sulphate dan MKP.
Ketiga-tiga baja ini akan larut di air membentuk ion calcium yang bercas positif, manakala ion sulphate bercas negative dan phosphates bercas negatif.
Pada kepekatan yang tinggi ion calcium yang bercas positif akan bercantum dengan ion sulphate yang bercas negatif membentuk calcium sulphate yang merupakan mendakan putih.
Mendakan putih ini akan menyebabkan sistem pengairan fertigasi tersumbat dan pokok tidak ambil baja di dalam bentuk ini.
Justeru itu, menyebabkan baja tidak dapat digunakan lagi.
Begitu juga dengan ion calcium dan phosphate yang akan membentuk mendakan calcium phosphate.
Ion – ion ini akan membentuk mendakan pada kepekatan yang tinggi.
Hanya apabila dilarutkan ke dalam tangki air ianya dapat berfungsi dengan baik.
Cara Penggunaan PATI BAJA AB –XY 2017:
- Cara bancuhan 10 ml A + 10 ml B pekatan baja fertigasi dibancuh dengan 10 liter air.
- Bancuhan baja tadi disiram sekiranya tanaman dalam pasu setiap hari, kalau di atas tanah 3 hingga 4 kali seminggu.
- Siraman perlu dibuat pada zon akar.Boleh juga dijadikan baja semburan untuk menghijaukan daun.
Cara yang paling efektif untuk melakukan semburan ini ialah dengan membuat semburan pada bahagian bawah daun.
Di bahagian bawah daun mempunyai liang-liang stoma. Liang-liang stoma ini adalah tempat untuk tumbuhan menyerap zat nutrien yang disembur pada pokok.
15 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENGGUNAKAN PATI BAJA AB 2017
2. membekalkan makanan kepada pokok dan mendapatkan buah yang sihat
3. Sungguh berkesan untuk pelbagai jenis tanaman
4. Boleh dicampur dengan racun kulat dan racun serangga
5. Mengatasi masalah dan penyakit pada tanaman (jangkitan kulat)
6. Mudah dikendalikan
7. Boleh digunakan dengan pelbagai kaedah seperti drip system, sprinkler, knapsack, dll Meningkatkan jangka hayat tanaman
8. Mengurangkan pembaziran keatas baja (penyerapan segera)
9. Penggunaan tenaga kerja yang minima
10. Boleh digunakan pada setiap keadaan
11. Menghijaukan bumi dan mesra alam
12. Mudah disimpan dan selamat digunakan
13. Menguatkan akar dan struktur tanaman
14. Hasil bertambah dan meningkat
15. Meningkatkan hasil
Waktu paling sesuai untuk semburan racun serangga dan kulat adalah pada waktu yang redup dan tidak panas. Jadi, kebiasaannya petani atau pekebun akan menyembur pada waktu awal pagi atau lewat petang.
Pernahkah anda terfikir untuk menyemburnya pada waktu malam?
Antara sebabnya;
1) Waktu jam 8.00 - 10.00 malam cuaca sudah sejuk. Jadi pokok tidak terkejut dengan semburan sebab racun nie bahan kimia, jadi ia panas.
2) Kebiasaannya serangga aktif pada waktu malam. Semasa sembur boleh lihat serangga berterbangan.
3) Sejuk. Jadi petani tak la kepanasan dan berpeluh





Info Yg Baik. Terima Kasih Untuk Kongsi ya.
BalasPadamInfo yng Baik... TerimaKasih & TAHNIAH atas usaha perkongsian..Semoga senantiasa dlm baraqah NYA...& Bekembang Jaya usahaniaga Tuan !
BalasPadamSalam, bole tahu macam mana cara penyimpanan nya ya.
BalasPadam