Buah Gac atau gac fruit atau dalam bahasa saintifiknya Momordica cochinchinensis dari famili Cucurbitaceae merupakan buah yang boleh didapati di rantau Asia Tenggara yang berasal dari Selatan China ke Timur Laut Australia, termasuk Thailand, Laos, Myanmar, Kemboja dan Vietnam.
Buah Gac atau gac fruit
Buah gac banyak ditanam di Vietnam yang disebut sebagai ɣək atau terjemahkan Gac (terjemahan klas untuk objek bulat seperti buah-buahan). Ia dikenali sebagai mùbiēguǒ (tembikai merah) dalam bahasa Cina, manakala dalam bahasa Inggeris disebut spinny bitter gourd atau cochinchin gourd. Orang Thai memanggilnya fahk khao, taw thabu di Myanmar dan di Indonesia ianya dikenali sebagai pupia atau tepurang.
Pokok buah gac mempunyai musim yang pendek dan hanya mengeluarkan buah sekali setahun sekitar bulan Disember dan Januari, menyebabkan kurangnya kelihatan jika dibanding dengan buah-buahan lain. Gac biasanya dihidangkan di majlis-majlis upacara atau perayaan di Vietnam, seperti Tết (tahun baru Vietnam) dan majlis perkahwinan.
Biasanya disediakan sebagai hidangan yang dipanggil gac xôi, di mana aril dan biji buah dimasak bersama beras pulut. Kini buah gac telah mula popular dan dipasarkan di luar Asia dalam bentuk jus kerana kandungan fitonutrien yang tinggi.
Buah gac atau melon merah, tumbuh sebagai tumbuhan menjalar pada pagar atau pada trilis. Gac mengeluarkan buah berwarna hijau ketika muda dan berkukar warna oren gelap apabila matang, dan biasanya berbentuk bulat atau bujur dengan saiz antara 13 cm panjang dan 10 cm garis pusat. Kulit bahagian luarnya berduri kecil (bergerigi) manakala pulpa didalam berwarna merah gelap menutupi kelompok biji benih. Rasanya agak pahit seperti peria
Secara tradisinya, gac dimakan sebagai buah-buahan manakala daunnya dimasak untuk hidangan di Vietnam, gac juga digunakan untuk perubatan. Membrane biji benih dikatakan dapat membantu dalam melegakan dan menyejukan mata dan juga untuk menggalakkan kesihatan penglihatan. Begitu juga, dalam perubatan tradisional Cina, biji benih buah gac, yang dikenali dalam bahasa Mandarin sebagai mù Bie zǐ yang membawa maksud 'kayu penyu benih', digunakan untuk pelbagai tujuan dalaman dan luaran.
Buah gac mencapai µg 380/gram lycopene jika dibandingkan dengan buah tomato yang hanya mengandung µg 31/gram lycopene. Kandungan beta-karoten dan lycopene memberikan warna oren, jingga dan merah pada buah atau sayur. Pengambilan buah atau sayur yang mengandungi lycopene mampu memperbaiki kerosakan pembuluh darah, menekan pembentukan kolestrol, ketumpatan rendah (LDL – low density lipoprotein) dan mengurangkan risiko serangan jantung.
Sekumpulan penyelidik dari Universiti Cambridge England yang diketuai oleh Parag Gajendragadkar, mengukur tekanan darah, kelajuan aliran darah, kadar kalestrol baik atau high density lipoprotein (HDL) dan low density lipoprotein (LDL) menggunakan pelbagai parameter. Hasilnya pengambilan lycopene terbukti meningkat keanjalan saluran darah pesakit dan mengurangi serangan jantung sehingga 53%.
Oleh kerana kandungan yang tinggi beta-karotena dan lycopene, ekstrak gac mampu mendapat pasaran yang baik sebagai makanan tambahan dalam bentuk kapsul lembut atau jus minuman.
Sumber : Wikipedia, the free encyclopedia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan