Sabtu, 10 Februari 2018

Racun Serangga Organik Menggunakan Daun Neem Atau Semambu

Racun Serangga Organik Menggunakan Daun Neem Atau Semambu

Mungkin ada di antara kita pening dengan pelbagai usaha
yang telah dibuat untuk banteras makhluk yang tidak diundang di persekitaran
kebun mini anda.

Nah, resepi buat ekstrak daun neem ini juga mampu
menghindar serangan serangga perosak yang merosakkan tanaman kesayangan anda.

Resepi ini juga selamat digunakan untuk semua jenis
tanaman, baik sayuran mahupun buah-buahan. Untuk perbincangan dan persoalan,
anda boleh rujuk pada group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

3 ranting (atau lebih) daun mambu. Jika ada buahnya
masukkan juga.
5 sudu kecil bunga cengkih
500ml minyak masak
Pendidih dua tingkat

Langkah Penyediaan:

1. Campur dan kisar dedaun mambu dan bunga cengkih
bersama minyak masak sehingga halus.
2. Panaskan bahan-bahan yang dikisar tadi dengan pendidih
dua tingkat. Gunakan api kecil.
3. Masak antara dua hingga tiga jam untuk mengeluarkan
ekstrak minyak neem itu.
4. Biarkan ektrak minyak neem sejuk.
5. Tapiskan ke dalam botol simpanan.


Cara Penggunaan:

1 sudu makan minyak neem + 1 sudu makan cecair pencuci
pinggan + 1 liter air, sembur pada tanaman yang kena serangan perosak. Perosak
boleh dihapuskan dengan semburan minyak ini.

Kaedah dan Kekerapan Semburan:

Untuk pencegahan serangga, semburkan pada tanaman secara
berkala, seminggu atau 2 minggu sekali, mengikut keperluan.

Nota tambahan:

Minyak neem ini boleh dicampurkan dengan minyak serai
wangi dan minyak bawang putih semasa penggunaan. Cara pembuatan minyak serai
wangi dan bawang putih lebih kurang sama dgn cara membuat minyak neem, cuma
bunga cengkih tak perlu dimasukkan.

LIKE DAN SUSCRIBE CHANNEL BERKEBUN SEBAGAI HOBI UNTUK
INFO DAN IDEA BERKEBUN.

http://ideaberkebun.blogspot.my/
http://ideaberkebun.blogspot.my/


http://ideaberkebun.blogspot.my/








Tiada ulasan:

Catat Ulasan