Ramai Yang ada kesedaran Untuk tanam sayur sendiri Di rumah sekarang.walaupun sibuk Dengan kerja Atau kawasan rumah Yang terhad,namun timbul idea-idea menarik yang boleh digunakan dalam pertanian Bandar.
Tahukah anda dengan menanam sendiri sayur di kawasan rumah, anda telah jimat sekurang-kurangnya RM300 sebulan bersamaan RM3600 setahun.Jika sehari anda belanja RM10 sahaja untuk membeli sayur.
Anda juga menikmati sayur segar yang tidak mengandungi racun serangga yang tinggi dan seterusnya meningkatkan kualiti kesihatan anda.
Cuba rasai sendiri sayur-sayuran dari hasil tangan anda!
Harga minyak makin naik dan harga sayur juga naik. Jom tanam sayur sendiri.
Set Hidroponik Gantung Hydrotube adalah Inovasi Terkini Set Menanam Secara Hidroponik yang Sungguh Mudah.
Tiub pvc sepanjang 4.5 kaki yang tidak mudah pecah ini boleh digantung maka menjimatkan ruang untuk penanaman sayuran.
Jarak antara lubang pula adalah 6 inci.
Kelebihan Menanam Secara Hidroponik
Mengapa ramai orang beralih kepada hidroponik? Ini sebabnya:
✔ Jimat Ruang: Anda boleh menanam secara menegak (vertical) atau di balkoni kecil.
✔ Kebersihan Terjamin: Tanpa tanah, kawasan rumah anda lebih bersih dan bebas daripada serangga perosak yang biasanya tinggal di dalam tanah.
✔ Hasil Lebih Cepat: Tumbuhan mendapat makanan (nutrien) secara terus pada akar, membuatkan ia membesar 25% lebih cepat berbanding tanaman tanah.
✔ Kawalan Nutrien: Anda tahu apa yang masuk ke dalam sayur yang anda makan.
✔ Tidak memerlukan kawasan yang luas.
✔ Masa menanam yang pendek = lebih pusingan tanaman setahun.
✔ Kerja-kerja berat yang membebankan dapat dikurangkan.
✔ Air dapat dijimat.
✔ Serangan penyakit dan serangga yang dibawa oleh tanah dapat dielakkan.
✔ Perosak tanaman (serangga dan penyakit) akan lebih mudah dikawal tanpa menggunakan racun yang merbahaya.
✔ Masalah rumput dapat dikurangkan.
✔ Nutrient dapat dikitar kembali (penjimatan penggunaan baja)
✔ Hasil yang lebih tinggi.
✔ Anak benih tidak terencat.
✔ Musim menanam sepanjang tahun = tidak dipengaruhi oleh musim yang mungkin tidak menentu.
✔ Lebih banyak jumlah pokok boleh ditanam pada setiap unit luas kawasan (kepadatan tinggi memungkin hasil maksima).
✔ Alam sekitar yang lebih bersih dan harmoni. Tidak ada bau yang tidak menyenangkan seperti bau najis dan sebagainya.
Set Hidroponik Ini Mengandungi:
✔ Paip PVC saiz 3 inci panjang 4.5 kaki ( 8 lubang). Jarak setiap lubang adalah 6 inci.
✔ Media semaian (PD 42 diperbuat daripada sabut bermutu dan bersarung kemas)
✔ Baja AB
✔ Net pot diameter 42mm
✔ PERCUMA Benih.
✔ PERCUMA kawalan serangga dan penyakit / foliar organik.
Sistem Hidroponik Yang Popular di Malaysia
Terdapat beberapa jenis sistem yang boleh anda cuba, bergantung kepada bajet dan kerajinan anda:
1. Sistem Takung (Sistem Sumbu / Wick System)
Ini adalah sistem yang paling mesra pemula.
Cara kerja: Menggunakan sumbu (biasanya kain flanel) untuk menyedut air nutrien dari takungan bawah ke pasu tanaman.
Kelebihan: Sangat murah, tidak menggunakan elektrik, dan sangat mudah dijaga.
2. Sistem Rakit Apung (Deep Water Culture)
Sering digunakan untuk menanam sayur daun seperti sawi dan selada.
Cara kerja: Tumbuhan diletakkan di atas kepingan polistirena yang terapung di atas permukaan air nutrien.
Kelebihan: Akar sentiasa terendam dalam air, jadi pokok jarang layu.
3. Sistem NFT (Nutrient Film Technique)
Biasanya dilihat di kebun-kebun komersial yang menggunakan paip PVC panjang.
Cara kerja: Pam digunakan untuk mengalirkan lapisan air nutrien yang nipis secara berterusan melalui akar pokok.
Kelebihan: Oksigen sangat tinggi, menjadikan tanaman sangat subur.
Apa Yang Anda Perlukan Untuk Bermula?
Jika anda ingin memulakan projek hujung minggu ini, sediakan bahan-bahan asas berikut:
Baja AB: Ini adalah "nadi" hidroponik. Ia mengandungi semua mineral yang diperlukan tumbuhan.
Media Tanam: Pengganti tanah seperti rockwool, perlite, atau sabut kelapa (cocopeat).
Bekas Takungan: Boleh menggunakan kit hidroponik siap pakai atau barangan kitar semula seperti botol plastik dan bekas dadih.
Biji Benih: Mulakan dengan sayuran mudah seperti sawi, bayam, atau kailan.
1) Sediakan 2.4 liter air paip, bersamaan dengan 1 + 2/3 botol air mineral besar atau 4 botol air mineral 600ml.
2) Masukkan DUA tutup botol Baja B ke dalam air paip tadi. Kacau larutan supaya sebati.
3) Masukkan DUA tutup botol Baja A ke dalam larutan yang sama. Kacau larutan.
4) Masukkan larutan ke dalam HydroTUBE
– Goncang botol baja sebelum membancuh.
– Sukat Baja A dan B menggunakan bekas yang berbeza. Jika gunakan bekas yang sama, bilas dahulu dengan air.
– Bancuh Baja B dahulu diikuti dengan Baja A. Jika tidak, baja akan bertindakbalas menjadi pejal dan tidak boleh digunakan lagi.
– Sebolehnya, bancuh baja apabila hendak digunakan sahaja. Jangan bancuh untuk stok sebulan terus.
– Simpan air baja dalam bekas bukan logam dan terlindung dari pancaran matahari.
1) Rendam PD42 dalam air bersih sehingga kembang.
2) Picit sedikit PD42 hingga lonjong dan masukkan memenuhi netpot.
3) Letakkan netpot dalam lubang HydroTUBE dan semai benih pada PD42. Jangan semai terlalu dalam.
4) Catatkan tarikh menanam. Selepas seminggu sudah boleh sembur dengan kawalan organik.
1) Sediakan air 1 liter (dua botol mineral kecil)
2) Bancuh 1 tutup botol kawalan organik dengan air 1 liter tadi.
3) Sembur pada pokok. Kalau rajin sembur dua kali seminggu.
Selamat menggunakan HydroTUBE dan menikmati sayur yang ditanam sendiri!
1) Rendam PD42 dalam air bersih sehingga kembang.
2) Picit sedikit PD42 hingga lonjong dan masukkan memenuhi netpot.
3) Letakkan netpot dalam lubang HydroTUBE dan semai 2 3 biji benih pada PD42. Jangan semai terlalu dalam.
4) Catatkan tarikh menanam. Boleh gunakan tape putih dan lekatkan pada tiub pvc. Gunakan marker untuk catat tarikh.
5) Selepas seminggu sudah boleh sembur dengan kawalan organik.
Air tidak perlu diganti selalu. Apabila pokok semakin membesar, pokok akan lebih menyerap air. Kita perlu cek level air dan tambahkan bancuhan baja AB Sahaja.
Cek air lebih kerap jika tiub diletak direct di bawah matahari.
sayur yang dah boleh dipetik dan dimasak. satu cekak satu hari. jimat belanja seminggu
boleh susun ikut kreativiti anda.nampak cantik juga bila dijadikan landskap di rumah. tambah pula dengan sayur yang segar dan pelbagai warna
tanam kangkung. hydrotube sesuai untuk semua sayur daun
kreativiti pelanggan yang membeli hydrotube.ada 10 hydrotube yang boleh menjimatkan belanja dapur keluarga anda. satu paip boleh tanam satu jenis sayur,pelanggan ni membuat menara sayur yang boleh tanam 10 jenis sayur daun
BAGAIMANA NAK MEMBELI SET HYDROTUBE?

.jpg)
.jpg)






















Tiada ulasan:
Catat Ulasan